20230308

SEBENTAR DI SURABAYA: Bersama Pelayaran Indonesia

 


Pelayaran Indonesia


Singgah sebentar di Surabaya. 

Surabaya, kota yang padat dengan warga serta pengunjung dari pelbagai pelusuk dunia. Penduduknya nampak bersemangat dengan cara tersendiri apatah lagi untuk memperagakan perniagaan masing-masing. Kepetahan dan pujuk rayu penjaja amat mengusik hati dan sesekali sememangnya menghiburkan.

Singgah sebentar sahaja, sekitar 6 jam. Perjalanan ke Jakarta akan diteruskan dengan kapal Pelayaran Indonesia Ngapulu. 

Enam jam adalah masa yang terlalu singkat untuk menjelajah sebahagian kecil Surabaya. Berburu menuju sebuah pasar yang sesak dengan pengunjung. Sempat berbelanja buah-buahan ala kadar sebagai bekalan di atas kapal nanti.




Sepanjang jalan dari pusat Surabaya ke Pelabuhan Tanjung Perak, pelbagai situasi menarik terlihat di sana sini. Aksi warga pemburu rezeki di awal pagi,  dengan langkah seakan diburu waktu, menarik perhatian dan sesekali kita terasa terikut-ikut rentak perjalanan mereka.

Bermacam jenis bunga juga ditanam bagi memperindahkan bahu jalan, pemandangan ini amat mempersonakan disulami dengan pohon-pohon besar yang berkemungkinan berusia puluhan tahun.

Ngopi yuk...


Masa yang sedikit itu boleh dimanfaatkan untuk meninjau ikon Jawa Timur iaitu jambatan yang menghubungkan Pulau Jawa dan Pulau Madura iaitu Jambatan Suramadu.  Sayangnya kita tidak berkesempatan melihat Surabaya di kala senja kerana kita telah dipanggil oleh peluit kapal yang menandakan penumpang harus kembali ke kapal untuk meneruskan perlayaran ke Jakarta. Selamat tinggal Surabaya.


Tiada ulasan: