20221218

TRAGEDI MENYAPA KERINDUAN

 




 

Tanggal 15 Disember 2022. Selepes menonton siaran langsung World Cup antara Moroco dan Francis dan selepas solat Subuh, saya dan isteri meninggalkan Felda Sahabat menuju ke Tawau sejauh 226 kilometer.

Isteri yang memandu mengambil masa sekitar 4 jam dan kami berada di Bandar Tawau dengan keadaan yang selamat di samping cuaca yang sedikit redup.

Tujuan sebenar kami adalah untuk satu missi pertemuan antara anak dan ibu yang terpisah hamper 30 tahun. Si anak  menetap di Sungai Nyamuk Kalimantan Timur Indonesia, manakala ibunya menetap di Kota Marudu Sabah, Malaysia.

Kedua beranak ini berasal dari Sulewesi Selatan Indonesia dan terpisah dek tuntutan kehidupan masing-masing.

Sekitar jam 11 pagi, ferry dari Nunukan mendarat di Pelabuhan Tawau. Muncullah lima sekeluarga yang kami tunggu. 

Asal perancangan, dari Tawau akan Kembali ke Lahad Datu, seterusnya ke Kota Kinabalu dan ke Kota Marudu.

Atas perbincangan singkat, haluan kami ubah dari Tawau ke Kota Kinabalu mengikut Jalan Kalabakan. Perjalanan mengikut laluan ini sejauh 446 kilometer. Manakala laluan pertama tadi Tawau-Lahad Datu -Kota Kinabalu sejauh 542 kilometer.

Dari sudut masa hanya membezakan sekitar 2 hingga 3 jam sahaja.

Dari Tawau perjalanan dimulakan. Keceriaan tetamu yang pernah menetap di Marotai Nampak terserlah. Sepanjang jalan menceritakan pengalaman lampau kepada keluarganya. Setiba di Felda Umas kami singgah solat jamak Zohor dan Assar.

Agak pelik, sepanjang perjalanan menuju ke Keningau dari Tawau, setiap  kali kami berhenti, kenderaan Toyota Fortuner mengalami masalah stater. Saya terpaksa membuka bonet depan dan start dengan mengunakan screw driver di starter yang bermasalah. Sebenarnya saya amat kurang pengatahuan dalam soal enjin kenderaan dan jadualkan esok akan bawa ke bengkel untuk pemeriksaan dan pembaikan.

Semasa tiba di Keningau, selepas mengisi minyak, kami meneruskan perjalanan. Masa ini telah masuk waktu solat Maghrib, namun kami meniatkan Bersama untuk menjamak takhir solat Maghrib ke waktu Isyak.

Dari Keningau ke Kota Kinabalu, ada dua pilihan jalan iaitu, Jalan Tambunan (Jalan Lama 129 Kilometer) atau Jalan Kimanis (109 Kilometer)

Kedua-dua laluan ini akan mendaki dan menuruni bukit yang agak tinggi. Kedua-duanya merentasi Banjaran Crocker. Kami memilih Jalan Kimanis.

Pendakian bermula dengan baik. Kami menurunkan semua cermin tingkap untuk menikmati hembusan angin banjaran yang nyaman. Kenyamanan di awal malam itu benar-benar mengasyikkan sehingga saya terlupa untuk mengarahkan isteri untuk mengubah pedel gear dari D ke 3 atau 2. Selalunya saya akan mengarahkan ini dan malam itu saya terlalai dengan tidak menyebut arahan tersebut.

Setiba dipuncak Bukit Manggis, Ketika memulakan penurunan bukit ke Papar, cengkaman brek telah berkurangan. Isteri memaklumkan kepada saya dan saya membuat kesilapan lagi dengan tidak mengarahkannya berhenti, seperti yang pernah kami buat sebelum ini.

Akhirnya semua brek tidak berfungsi, isteri hanya mengawal stering dan kelajuan semakin bertambah meneuruni bukit curam yang telah banyak menelan korban sebelum ini.

Di selekoh terakhir menuju ke kawasan rata, kenderaan tidak dapat dikawal sama sekali dan kami hanya dapat menjeritkan Allahhuakbar. Segalanya terjadi begitu pantas dan takdir telah mengatasi segala perancangan kami yang lemah.

Pertemuan dua beranak yang dijangka sebagai pertemuan yang paling manis akhirnya menjadi hambar dan tawar selepas si anak terlantar akibat kemalangan.

Saya merakamkan ucapan terima kasih tidak terhingga kepada sanak saudara, Cikgu Hisabdin, Jumaldin, Irwan Sahar, Suhaini. Anggota Bomba, Hospital Papar, Hospital Quen Elezibeth,  Balai Polis Papar dan orang awam yang sempat membantu kami. Juga kepada semua yang mendoaakan kami agar cepat sembuh dan dipermudahkan urusan.

Penghargaan tidak terhingga kepada semua isteri, anak, menantu, baisan dan jiran sekeliling yang mendoakan agar kami pulih seperti sediakala dari trauma kemalangan ini.

Kepada isteri, Mulhaerie Wahide, semoga Allah memberikan kekuatan untuk meneruskan kehidupan ini. Segala yang berlaku ada hikmah dan kita sentiasa redha serta bertawakal menghadapinya.

 

Tiada ulasan: