20200709

CABARAN KEPIMPINAN DI SILAM dan HARAPAN MASYARAKAT

Kawasan Parlimen P188 Silam terletak di Pantai Timur Negeri Sabah. Terlalu banyak perkara yang perlu diperkatakan dengan Kawasan Silam sejak dahulu hingga ke hari ini. Satu ketika diwakili oleh Timbalan Menteri Kerja Raya, namun rata-rata penduduk masih mengeluh kerana sistem jalanraya yang kurang memuaskan di sana sini.
    Juga pernah diwakili oleh Timbalan Menteri Penerangan pada satu ketika. Keadaan ini juga tidak memihak kepada penduduk kampung apatah lagi yang terletak di Dun Tungku. Ketika masyarakat lain menikmati siaran TV1, 2 dan 3.... Penduduk Tungku ketika itu masih terkial-kial mendirikan areal TV setinggi pokok kelapa untuk mendapatkan siaran kabur tanpa suara.
   Kepimpinan terus berganti dan penduduk semakin berharap. Wakil Rakyat setakat Setiausaha Parlimen nampaknya tidak dapat membuat sebarang perubahan yang sewajarnya. Keluh penduduk semakin panjang ada yang pasrah menyerah kepada ketentuan takdir selanjutnya.
   Kehadiran seorang Wakil Rakyat yang dapat menyelami akan denyut nadi penduduk akhirnya dirasai dengan penampilan Salleh Kalbi yang membawa aspirasi dan kehendak warga khasnya di Daerah Minyak Sawit ini.


   Dr. Hj. Salleh Kalbi nama yang tidak asing di Sabah khasnya di Parlimen Silam. Kepetahan berhujah dengan berpaksikan fakta, membolehkan mantan Penyelia Kemas ini duduk sebaris dengan pimpinan tertinggi ketika itu walaupun hanya sekadar seorang Anggota Parlimen tanpa jawatan dalam kabinet.
   Selain lantang mengemukakan hujah, buah fikir yang dilontarkan juga menarik perhatian banyak pihak sehingga kabinet negara ketika itu meluluskan kenaikan taraf Lapangan Terbang Lahad Datu ke Taraf Antarabangsa.
    Sebermula cadangan awal projek ini telah menyuburkan harapan penduduk yang tahu akan betapa pentingnya taraf Lapangan Terbang Lahad Datu ditingkatkan. Dr. Hj. Salleh menegaskan bahawa kepentingannya bukan sahaja melibatkan peningkatan ekonomi, sosial dan pendidikan malah yang lebih utama akan membantu dari segi keperluan keselamatan. Kebenaran itu terserlah apabila Lahad Datu menjadi tumpuan pada tahun 2013 melalui Peristiwa Berdarah Tanduo.
    Hari ini semakin terserlah akan kepentingan Lapangan Terbang Lahad Datu ditingkatkan ke Taraf Antarabangsa. Pertumbuhan Ekonomi Serantau melalui Plan Kerjasama Ekonomi ASEAN @ BIMEAGA dan China, ditambah lagi dengan keputusan Indonesia mengalihkan Pusat Pentadbiran Negara ke Bukit Sepaku di Kalimantan Timur, semestinya zaman gemilang Lahad Datu sudah bermula seandainya impian tersebut dapat direalisasikan.
    Menurut sumber ketika itu, segala keperluan tersebut telah diluluskan. Pengukuran tanah seluas 1700 ekar di Silabukan, pemindahan kilang, rumah dan prasarana terlibat telah dilaksanakan sebahagiannya. Plan dan struktur Lapangan Terbang Antarabangsa Lahad Datu juga telah disiap dan diluluskan. Cuma perlaksanaan binaannya sahaja yang tertangguh disebabkan beberapa perkara termasuk Pilihan Raya Umum ke 13.... akhirnya sehingga kini, akibat tiadanya kesinambungan kepimpinan dan kedangkalan buah fikir barangkali, telah menghasilkan Lapangan Terbang Antarabangsa Lahad Datu hanya berlegar dalam mimpi penduduk entah sampai bila.
    Sejarah juga tidak akan melupakan ilham Dr. Hj. Salleh untuk menjadikan Kawasan Parlimen Silam memiliki Bandar Baru Aero Artipicial Inteligent Smart City dan Pembangunan Sakar Island Golf Resort City serta R&D Medical City. Semua ini telah dihujah panjang lebar di Parlimen di samping cadangan pembinaan Kompleks Sukan Daerah Kunak dan Tungku sebagai memenuhi keperluan pelbagai lapisan masyarakat.


    Umum juga tahu bahawa cadangan beliau tentang pembinaan IPD Kunak telah diluluskan ketika susasana Tragedi Tanduo melingkari kita ketika itu. Manakala pembinaan Pangkalan Hadapan Tentera (ESSCOM) juga di desak oleh Dr. Hj. Salleh yang amat merasai akan keperluan membela setiap jiwa pimpinannya di Parlimen Silam.
     Selain catatan di atas, idea dan cadangan Dr. Hj. Salleh Kalibi juga sedang dan akan dinikmati oleh masyarakat Silam. Antaranya Masjid Al Firdaus di Kg. Sepagaya yang sedang dalam pembinaan,CIQ Immigration juga Akan dibina untuk kemudahan barter trade yang dijangka dibina di kawasan Tungku.
     Keselematan dan keperluan yang mendesak juga telah menggesa beliau untuk mencadangkan pembinaan Balai Bomba baru yang kemudahannya  termasuk Landasan Landing helicopter dekat kawasan POIC dan Kg Ipil. Bukan itu sahaja pengwujudan dan pembinan kem tentera di Felda Sahabat serta kelengkapan secukupnya untuk menangani sebarang kemungkinan.
     Sebagai seorang pemimpin yang begitu prihatin dengan peningkatan pendidikan di kalangan generasi Silam, peluang sebagai Wakil Rakyat ketika itu juga beliau pergunakan dengan mencadangkan agar SKM Teknik dinaiktaraf sebagai Kolej Pertanian yang pertama di Sabah dan Serawak. Selain kolej itu tambahan kolej komuniti dan sekolah menengah juga sedang dan akan dibangunkan di Kawasan Silam.
Manakala cadangan mengwujudkan Universiti R & D Felda semestinya akan menambah pulangan yang bukan sedikit kepada seluruh masyarakat Silam seandainya kelak dilaksanakan.
    Bagi para peniaga dan pengusaha, semestinya cadangan perkara di atas sudah pasti akan menambahrancakkan lagi dunia ekonomi dan perniagaan di sekitar Silam khususnya Lahad Datu.
   Warga Silam yang peka amat memahami bahawa Dr. Hj. Salleh Kalbi meletakkan Agama, Pendidikan, Keselamatan,  Ekonomi dan Kebudayaan  sebagai Agenda Misi dan Visi kepimpinan beliau. Pendekatan masyarakat berbekalkan hemah disulami senyum kemeseraan amat disenangi bahkan disegani rakan dan pesaing politiknya.
    Suka saya tegaskan di sini, bahawa artikel ini bukanlah bertujuan untuk membeza-bezakan antara Wakil Rakyat yang mewakili Parlimen Silam, hanya sekadar pendapat peribadi dan semoga akan dapat menambah aspirasi khususnya untuk keperluan anak cucu kita pada masa akan datang.
    Sesekali kita terpanggil untuk melahirkan apa yang tersirat, sebagai masyarakat yang mengharapkan sentuhan pemimpin berjiwa besar, kita amat terkilan akan apa yang terjadi di hadapan mata kita. Perbalahan dan keegoan pemimpin adakalanya merugikan banyak pihak dan membuahkan rasa kesal hingga ke akhir hayat.
    Pendapat peribadi saya lagi, hari ini kita telah berada di zaman yang serba ke hadapan... sekadar menganjurkan Pertandingan Memancing, Pesta Lampu, Pesta Pantai, Pesta Tambur... rasanya amat terkebelakang dan sewajarnya dianjurkan oleh para remaja di kampung sahaja. Alangkah hebatnya kalau seorang pemimpin dapat melahirkan pendapat yang bersifat luar biasa, matang  dan memberi infak besar khususnya ke atas pimpinan dan generasinya...?
Letakkan kod iklan pada artikel yang anda mahu iklan dipaparkan, di antara HTML kandungan anda Iklan akan dipaparkan pada halaman dalam masa 20-30 minit. Pada mulanya, iklan mungkin dipaparkan sebagai iklan paparan biasa, tetapi akan digantikan dengan iklan asli kemudian. Rujuk panduan pelaksanaan kod untuk mendapatkan butiran lanjut.     Sememangnya agak sukar memikirkan sesuatu yang bertaraf besar, tapi apakah salah sekiranya pemimpin tersebut merujuk dan berkongsi dengan pemimpin sebelumnya waimma seorang ketua kampung sekalipun.
    Semoga kepimpinan akan datang dapat mengangkat martabat Parlimen Silam ke kedudukan sewajarnya, bersaing dengan kawasan lain yang sudah jauh kehadapan.  Kita sedia maklum, Silam ada Bukit Peranginan yang cantik, pulau-pulau yang hebat, Gua Madai yang tersohor, Pantai Tanjung Labian yang indah. Kita ada Ladang Sawit yang seluas mata memandang, ada sungai yang masih terpelihara, Lembah Danum yang nyaman, Air Panas Tabin yang belum diteroka dan kita ada Long Pattau penerima cahaya matahari pertama di Malaysia.
    Kepelbagaian suku kaum  juga merupakan aset besar kepada Silam. Tarian Runsai dan Igal2 peribumi Bajau dan Iranun..., Gabiluk persembahan Dusun Begak... Sagol, Putu dan Kilau... amat menyelerakan... segalanya boleh dan berpotensi besar untuk diketengahkan.... hanya kemahuan dan tekad sahaja yang menidakkan segalanya... bak kata orang tua-tua hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. 
   PRU 15 semakin hampir dan kita sentiasa dimomokkan dengan hujah bahawa Pemimpin Hari Ini adalah Penentu Masa Hadapan. Hanya jauhari jugalah yang mengenal manikan. Sebagai masyarakat bawahan kita benar-benar mengharapkan kesungguhan seorang pemimpin yang berkebolehan dan memiliki sentuhan luarbiasa... berpandangan jauh dan petah berhujah di peringkat tertinggi negara. 
    Atau akankah kita merasa puas dengan persekitaran kita hari ini dan hanya menjadi penonton serta  penilai kejayaan orang lain... ayuh kita fikir-fikirkan... Walahuaalam Bisawab..
   
    
  
   
google.com, pub-2885404704271089, DIRECT, f08c47fec0942fa0

20200505

DILEMA PENEROKA FELDA WILAYAH SAHABAT.

<> <>

Foto Hiasan


Fokus catatan ini kepada Peneroka Felda Wilayah Sahabat.
     Umum tahu bahawa Penempatan  Peneroka Felda Sabah iaitu Wilayah Sahabat diuruskan oleh Pihak Pengurusan Felda yang dinaungi sepenuhnya oleh Kerajaan Pusat ketika itu Barisan Nasional khasnya Umno. Manakala Felda Wilayah Sahabat adalah penempatan Peneroka Felda yang paling bongsu di Malaysia. Pengambilan Peneroka di seluruh negara dihentikan selepas itu.
     Tidak dapat dinafikan bahawa usaha Kerajaan Negeri ketika itu PBS secara totalnya gagal untuk mengambil hati untuk mendekati Peneroka Felda. Walau kehadiran Peneroka dari seluruh pelusuk negeri yang dikuasai oleh PBS iaitu Parti Kerajaan Pembangkang di peringkat Pusat.
     Pelbagai usaha Pihak Pengurusan Felda ketika itu untuk menyuburkan semangat mendokong Kerajaan Pusat. Penubuhan Cawangan Umno di sana sini dalam kawasan Felda membuktikan betapa Peneroka Felda berjaya dikuasai oleh fahaman Umno.
     Keadaan ini ditambah lagi apabila Kerajaan Negeri beralih dan dikuasai Barisan Nasional dengan didominasi oleh Umno. Ketika itu siapa sahaja Peneroka yang seakan menyokong parti selain UMNO akan mendapat teguran sinis dan dipandang agak serong olah banyak orang khasnya Pengurusan Felda. Mengibarkan bendera Parti Pembangkang seakan penderhaka kepada Felda.
     Keunggulan penyokokng UMNO di Rancangan Felda Sahabat tidak dapat disangkal. Walaupun ketika itu ada segelintir penyokong parti pembangkang yang berjaya membawa masuk penceramah daripada pihak pembangkang. Antaranya Ustaz Ismail Kamus, Ustaz Taib Izamudin, Haji Ahmad Yaakob (Sekarang ini Menteri Besar Kelantan), Datuk Mazlan Aliman-kesemuanya dari PAS dan Ustaz Dr. Badrul Amin, Datuk Saidatul Badru-PKR.
     Perlantikan Mantan Pegawai Turus Felda, Alayarham Datu Bandira Datu Alang, sebagai Pesuruhjaya PAS Sabah, sedikit melebarkan pengaruh parti tersebut di kalangan Peneroka. Walau bagaimanapun, kekangan taradisi Felda sebagai Simpanan Tetap Umno tidak menampakkan keterampilan penyokong PAS walaupun sentiasa bertambah setiap hari.
     Pendekatan ADUN Tungku yang juga Ahli Lembaga Pengarah Felda ketika itu, Alayarham Ustaz Mohd. Suhaili Haji Said, terhadap Peneroka dan tidak sedikitpun memilih fahaman parti, telah menjadikan kedudukan UMNO semakin selamat di Felda Wilayah Sahabat khasnya Gugusan Sahabat. Perlu dinyatakan bahawa Felda Wilayah Sahabat terdiri dari 5 Rancangan di Gugusan Sahabat Lahad datu dan 4 Rancangan di Gugusan Umas Tawau.
     Boleh dikatakan bahawa hampir semua Ketua-ketua Blok di Sahabat/Umas  adalah orang kuat UMNO dan sentiasa patuh kepada kepimpinan parti. Situasi ini berterusan sehinggalah menjelang PRU ke 14.
     Gelombang kebangkitan anak muda khasnya Generasi ke Dua Felda telah mengubah landskap sokongan UMNO di penghujung hayatnya di Felda Sahabat. Hampir semua saluran mengundi dikuasi oleh Parti Warisan dan membawa kemenangan diluar jangka kepada calonnya Assffal Hj. Alian.
     Persoalannya hari ini, ke mana hala tuju sokongan Peneroka Felda...? Suara atau saranan secara total dari Pihak Pengurusan juga tidak kelihatan seperti dahulu. Apa yang kelihatan Kerajaan Negeri telah melantik Ketua Kampung, MPKK dan Wakil Ketua Anak Negeri dari kalangan Peneroka Felda dan sehingga kini masih kurang wellcome oleh Pihak Pengurusan Felda.
    Dari kacamata Peneroka, Pihak Pengurusan Felda hari ini seakan tidak memiliki halatuju yang pasti sama ada menyokong Kerajaan Negeri atau Kerajaan Pusat pimpinan Perikatan Nasional. Akibatnya, pihak Peneroka seakan berada di situasi yang sukar untuk dibayangkan. Boleh juga diandaikan bahawa kepimpinan Felda akur kepada Kerajaan Pusat akan tetapi dalam masa yang sama cuba memperbaiki hubungan dengan kepimpinan Kerajaan Negeri. Dengan kata halusnya umpama bidalan rang tua, bagaikan talam bermuka dua.....
     Namun sejak mutakhir ini hasil tinjauan rambang menampakkan bahawa kesetiaan Peneroka Felda masih mendokong harapan kepada UMNO dan berharap akan berlaku perubahan yang diharapkan apatah lagi setelah berlakunya perubahan kepimpinan di peringkat Kerajaan Pusat.  Akan tetapi dalam risikan pula hampir semua Ketua Cawangan UMNO telah beralih selera di samping mencari tempat berpaut  ke parti BERSATU pimpinan Perdana Menteri.
     Dalam situasi terkini, tidak dapat dinafikan bahawa keakraban Bossku di kalangan Peneroka Felda bagaikan sudah sebati. Kenangan indah semasa kekuasaan zaman keris dahulu sering menjadi buah butir perbualan apatah lagi dalam keadaan masa kini..... dan tidak mustahil semangat lama akan kerkobar lalu mengubah keputusan akan datang... walau bagaimanapun, tulisan ini bukan berniat untuk membuat sebarang andaian akan siapakah juara PRU akan datang...
    Suka juga saya mengimbau kronologi secara ringkas akan kemungkinan terjadinya situasi sekarang.... Pertama selepas PRU 14... Pakatan Harapan membentuk Kerajaan didokongi oleh Parti Warisan.
Tidak ada masalah yang timbul hasil keputusan ini. Felda menyokong kerajaan baru di pusat dan di negeri. Baru-baru ini berlaku perubahan dan Warisan khasnya Kerajaan Sabah menjadi Pembangkang di Kerajaan Pusat. Situasi ini seperti Felda di Kelantan satu ketika dahulu..... akan disambung....
   
    
    
google.com, pub-2885404704271089, DIRECT, f08c47fec0942fa0

20200409

AKU BLOGGER KAMPUNG



Salam Pertemuan....


Sengaja saya mengubah blog ini menjadi lebih ringkas. Anda boleh semak di ruang Halaman untuk membaca artikel

yang sempat saya lakarkan.
Mohon supaya anda menambahbaik dengan teguran yang membina.
Segala yang saya catatkan, mungkin tidak semuanya betul... untuk itu anda
boleh merujuk sumber yang lebih dipercayaai
agar tidak tersilap dengan bersandarkan catatan saya.
Terima Kasih.

Pelajar dulu-dulu.... Aku tahun 1...

Bukan hobi... tapi cari pelanggan
Di Kendari Sulewesi Tenggara
Di Pare-Pare Indonesia
Kerja dari rumah
Di Pumaala Suletra
Bersama Isteri2 dan Anak2... Kuala Lumpur




  FACE BOOK SAYA
YOU TUBE Baru Belajar Buat
https://estetikphotography.blogspot.com/