20200505

DILEMA PENEROKA FELDA WILAYAH SAHABAT.

<> <>

Foto Hiasan


Fokus catatan ini kepada Peneroka Felda Wilayah Sahabat.
     Umum tahu bahawa Penempatan  Peneroka Felda Sabah iaitu Wilayah Sahabat diuruskan oleh Pihak Pengurusan Felda yang dinaungi sepenuhnya oleh Kerajaan Pusat ketika itu Barisan Nasional khasnya Umno. Manakala Felda Wilayah Sahabat adalah penempatan Peneroka Felda yang paling bongsu di Malaysia. Pengambilan Peneroka di seluruh negara dihentikan selepas itu.
     Tidak dapat dinafikan bahawa usaha Kerajaan Negeri ketika itu PBS secara totalnya gagal untuk mengambil hati untuk mendekati Peneroka Felda. Walau kehadiran Peneroka dari seluruh pelusuk negeri yang dikuasai oleh PBS iaitu Parti Kerajaan Pembangkang di peringkat Pusat.
     Pelbagai usaha Pihak Pengurusan Felda ketika itu untuk menyuburkan semangat mendokong Kerajaan Pusat. Penubuhan Cawangan Umno di sana sini dalam kawasan Felda membuktikan betapa Peneroka Felda berjaya dikuasai oleh fahaman Umno.
     Keadaan ini ditambah lagi apabila Kerajaan Negeri beralih dan dikuasai Barisan Nasional dengan didominasi oleh Umno. Ketika itu siapa sahaja Peneroka yang seakan menyokong parti selain UMNO akan mendapat teguran sinis dan dipandang agak serong olah banyak orang khasnya Pengurusan Felda. Mengibarkan bendera Parti Pembangkang seakan penderhaka kepada Felda.
     Keunggulan penyokokng UMNO di Rancangan Felda Sahabat tidak dapat disangkal. Walaupun ketika itu ada segelintir penyokong parti pembangkang yang berjaya membawa masuk penceramah daripada pihak pembangkang. Antaranya Ustaz Ismail Kamus, Ustaz Taib Izamudin, Haji Ahmad Yaakob (Sekarang ini Menteri Besar Kelantan), Datuk Mazlan Aliman-kesemuanya dari PAS dan Ustaz Dr. Badrul Amin, Datuk Saidatul Badru-PKR.
     Perlantikan Mantan Pegawai Turus Felda, Alayarham Datu Bandira Datu Alang, sebagai Pesuruhjaya PAS Sabah, sedikit melebarkan pengaruh parti tersebut di kalangan Peneroka. Walau bagaimanapun, kekangan taradisi Felda sebagai Simpanan Tetap Umno tidak menampakkan keterampilan penyokong PAS walaupun sentiasa bertambah setiap hari.
     Pendekatan ADUN Tungku yang juga Ahli Lembaga Pengarah Felda ketika itu, Alayarham Ustaz Mohd. Suhaili Haji Said, terhadap Peneroka dan tidak sedikitpun memilih fahaman parti, telah menjadikan kedudukan UMNO semakin selamat di Felda Wilayah Sahabat khasnya Gugusan Sahabat. Perlu dinyatakan bahawa Felda Wilayah Sahabat terdiri dari 5 Rancangan di Gugusan Sahabat Lahad datu dan 4 Rancangan di Gugusan Umas Tawau.
     Boleh dikatakan bahawa hampir semua Ketua-ketua Blok di Sahabat/Umas  adalah orang kuat UMNO dan sentiasa patuh kepada kepimpinan parti. Situasi ini berterusan sehinggalah menjelang PRU ke 14.
     Gelombang kebangkitan anak muda khasnya Generasi ke Dua Felda telah mengubah landskap sokongan UMNO di penghujung hayatnya di Felda Sahabat. Hampir semua saluran mengundi dikuasi oleh Parti Warisan dan membawa kemenangan diluar jangka kepada calonnya Assffal Hj. Alian.
     Persoalannya hari ini, ke mana hala tuju sokongan Peneroka Felda...? Suara atau saranan secara total dari Pihak Pengurusan juga tidak kelihatan seperti dahulu. Apa yang kelihatan Kerajaan Negeri telah melantik Ketua Kampung, MPKK dan Wakil Ketua Anak Negeri dari kalangan Peneroka Felda dan sehingga kini masih kurang wellcome oleh Pihak Pengurusan Felda.
    Dari kacamata Peneroka, Pihak Pengurusan Felda hari ini seakan tidak memiliki halatuju yang pasti sama ada menyokong Kerajaan Negeri atau Kerajaan Pusat pimpinan Perikatan Nasional. Akibatnya, pihak Peneroka seakan berada di situasi yang sukar untuk dibayangkan. Boleh juga diandaikan bahawa kepimpinan Felda akur kepada Kerajaan Pusat akan tetapi dalam masa yang sama cuba memperbaiki hubungan dengan kepimpinan Kerajaan Negeri. Dengan kata halusnya umpama bidalan rang tua, bagaikan talam bermuka dua.....
     Namun sejak mutakhir ini hasil tinjauan rambang menampakkan bahawa kesetiaan Peneroka Felda masih mendokong harapan kepada UMNO dan berharap akan berlaku perubahan yang diharapkan apatah lagi setelah berlakunya perubahan kepimpinan di peringkat Kerajaan Pusat.  Akan tetapi dalam risikan pula hampir semua Ketua Cawangan UMNO telah beralih selera di samping mencari tempat berpaut  ke parti BERSATU pimpinan Perdana Menteri.
     Dalam situasi terkini, tidak dapat dinafikan bahawa keakraban Bossku di kalangan Peneroka Felda bagaikan sudah sebati. Kenangan indah semasa kekuasaan zaman keris dahulu sering menjadi buah butir perbualan apatah lagi dalam keadaan masa kini..... dan tidak mustahil semangat lama akan kerkobar lalu mengubah keputusan akan datang... walau bagaimanapun, tulisan ini bukan berniat untuk membuat sebarang andaian akan siapakah juara PRU akan datang...
    Suka juga saya mengimbau kronologi secara ringkas akan kemungkinan terjadinya situasi sekarang.... Pertama selepas PRU 14... Pakatan Harapan membentuk Kerajaan didokongi oleh Parti Warisan.
Tidak ada masalah yang timbul hasil keputusan ini. Felda menyokong kerajaan baru di pusat dan di negeri. Baru-baru ini berlaku perubahan dan Warisan khasnya Kerajaan Sabah menjadi Pembangkang di Kerajaan Pusat. Situasi ini seperti Felda di Kelantan satu ketika dahulu..... akan disambung....
   
    
    
google.com, pub-2885404704271089, DIRECT, f08c47fec0942fa0