20220917

NILAI SEBUAH PERSAHABATAN

Kunjungan Sahabat

Seorang sahabat mengunjungi premis kami D'Bayu. Aliuddin Hashim, walau terpaksa berkerusi roda akibat kemalangan 4 tahun yang lalu, berusaha sedaya upaya untuk hadirkan diri dengan niat untuk menyokong perniagaan D' Bayu. 

Terima kasih kami ucapkan dan semoga Aliuddin akan sembuh seperti sedia kala. 


20220901

CATATAN TENTANG CABARAN

 


Gambar Hiasan 

 

"Satu petang di pinggir sungai mereka bertemu tanpa sengaja. Hanya berdua. Berawal dengan pertengkaran, cabaran bertingkah bersahut... Pertempuran dua seteru menggegar senja yang damai..."

Petikan di atas adalah dari sebuah buku cerita lama.....

Hidup ini penuh dengan cabaran. Semua orang tahu dan ada juga yang kurang mengambil tahu. Sedari kecil waimma dari dalam perut lagi sesaorang termasuk kita telah berhadapan dengan cabaran. Cuma keadaan yang adakalanya membezakan cabaran antara kita.

 

Cabaran itu tidak semestinya datang dari seteru kita yang berbentuk mahluk. Kadang dia datang dalam bentuk suasana sekitar, fenomena cuaca  dan situasi setempat. Pun ada cabaran yang datang dari diri kita sendiri.

 

Hanya diri kita yang sedar, sama ada kita dapat bertahan atau sebaliknya menentang cabaran tersebut. Ini setelah kita dewasa dan boleh berfikir sendiri.

 

Sejak berzaman juga manusia berterusan mencari formula untuk mengatasi dan berkongsi cara untuk mengatasi cabaran. Maka lahirlah para ahli fikir terdiri dari pakar motivasi dalam pelbagai bidang.

 

Selain pakar motivasi yang berhujah mengupas topik tertentu khasnya untuk mengatasi atau menghadapi cabaran, lahirlah juga para pencipta dan seumpamanya yang bertungkus lumus mencipta peralatan dan sebagainya, juga bertujuan mengatasi cabaran.

 

Secara tidak langsung, manusia sejak dahulu kala bersatu padu untuk mengatasi pelbagai cabaran yang tidak pernah habisnya ini.

 

Menghadapi cabaran juga pastinya menimbulkan perasaan berlainan antara sesaorang. Ada yang resah gelisah menghadapi cabaran. Ada yang merasa kecewa dengan cabaran. Tidak kurang yang bertawakal dan pasrah  denga apa keadaan sekalipun.

 

Apa pun semoga kita sentiasa tabah dan bertahan untuk menghadapi apa sahaja cabaran yang melanda kehidupan kita seharian. Jangan mudah berputus asa dan sentiasa berusaha untuk mengatasi cabaran khasnya yang tidak menyenangkan.

 

Catatan ini sekadar sebuah mukadimah dalam topik ini dan ada kesempatan kita akan teruskan, Insyaallah