TIPS ATASI RASA KECEWA



Apa itu kecewa...? Pernahkah anda rasa kecewa...? Bagaimanakah rupa bentuknya...?
Kecewa adalah salah satu sifat perasaan yang bersarang di naluri kita sendiri. Berkemungkinan besar setiap orang
pernah mengalaminya. Pahit dan getir tidak dapat dibayangkan dengan kata-kata.
Zaman kanak-kanak, kita mungkin kecewa apabila kehendak kita tidak dituruti ataupun
kalangan kawan-kawan kita menjauhkan diri dan sebagainya.
Memasuki alam remaja, kekecewaan selalunya dikaitkan dengan putus cinta dan macam-macam sebab
lalu perasaan kecewa membalut diri dan hati.
Selepas melangkah ke alam dewasa kekecewaan juga sesekali mengusik tangkai hati.
Yang berkeluarga adakalanya kecewa dengan sikap anak-anak, pasangan, ipar duai, rakan sekerja malah dengan
jiran tetangga.
Juga kecewa dengan pekerjaan, kerjaya, perniagaan dan seumpamanya.
Apa yang jelas perasaan kecewa itu sukar diluahkan, sukar dibayangkan dan amat sakit kala diharungi
sendiri. Andai kita pernah terjatuh dan terluka, kesakitan yang dialami tidaklah sesakit menanggung rasa kecewa.
Pun tiada hospital yang menerima pesakit yang hanya mengalami kekecewaan.
Manakala kesan kecewa itu kadang amat bahaya dan merosakkan diri. Tidak keterlaluan sekiranya dikatakan bahawa
ada orang yang sampai gila disebabkan kekecewaan...waimma membunuh diri pun ada.. Naudzubillah minzaliq...

ATASI RASA KECEWA

Antara cara terbaik mengatasi rasa kecewa ialah meningkatkan rasa redha dalam hati. Bagi yang beragama Islam
bolehlah bersolat, mengaji dan berzikir.
Pun cara terbaik ialah berkongsi perasaan tersebut dengan orang yang paling dekat dengan kita.
Boleh juga menulis rasa kecewa itu dibuku, blog dan seumpamanya.... tapi elakkan dipublish untuk tatapan umum
kerana dikhuatiri akan menambah masalah yang lain.
Selain cara di atas, anda juga hendaklah melupakan rasa kecewa itu seboleh-bolehnya.
 Lakukan kerja atau kegiatan yang menyibukkan kita. Elakkan bersendirian dalam tempoh yang lama.
Bagi yang berminat bersukan, bersukanlah. Bagi yang minat berkaraoke maka menyanyilah semahunya.
Boleh juga mendengar muzik, lebih baik mendengar alunan bacaan Al Quran.

Bagi  yang nampak atau sedar ada di kalangan keluarga yang terkecewa, maka mainkanlah peranan anda
sebagai penghibur dan usahakanlah si kecewa itu agar dapat melupakan punca kekecewaannya.
Okey... yang baik datangnya dari Allah SWT dan yang jelek itu adalah kerana sifat kelemahan diri saya...
Insyaallah kita berjumpa lagi di lain segmen akan datang... Wassalam.
google.com, pub-2885404704271089, DIRECT, f08c47fec0942fa0

Tiada ulasan: