DUNIA POLITIK, EKONOMI DAN PENYAKIT


Sesekali ingin juga saya luahkan rasa tentang perkara semasa. Di sini saya sentuh sedikit walaupun bukan dalam bidang saya. Sebagai seorang warga, kita punya hak dan sewajarnya ada ruang tertentu untuk kita menzahirkan buah fikir  seadanya untuk dikongsi bersama. Manalah tahu, sekurang-kurangnya sebagai rujukan sendiri pada masa akan datang.
    Hari ini 2020.... seluruh dunia digegarkan dengan kehadiran virus berbisa... Pelbagai pendapat, andaian dan ramalan dari banyak pihak berlumba-lumba menghiasi dan memenuhi ruang massa, sama ada warta bercetak mahupun di ruang maya. Ada yang takut, ada yang binggung dan pelbagai rasa menghantui setiap tangkai hati.
    Symthom yang menggerunkan ini tidak memilih usia dan pangkat. Sehingga kini para doktor dan menteri pun disenaraikan dalam barisan pengidap apatah lagi orang-orang kebanyakan pun tidak terlepas dari intaian COVID-19, wabak durjana penggugat buana.
    Selain itu kita juga digoncang dengan ketidaktentuan pentas politik tanah air. Bumi yang dulunya makmur dengan pujian merentasi rantau kini bergolak siang dan malam. Bak kata gajah bertarung pelanduk terpinga-pinga, si ungka dan si amang juga yang tertawa terbahak-bahak.
    Dalam hati sesekali tertanya-tanya, sampai bila agaknya bangsa berkeris, berkain pelikat ini berhenti berebut kuasa yang hanya sementara ini. Harapan kita janganlah sampai Kisah Pak Kaduk berulang lagi, menang sorak kampung tergadai, ayam terlepas tangan berbau taxxxxiii....
    Sebagai rakyat semestinya kita mahukan yang terbaik, walaupun kita tahu bahawa untuk mendapatkan yang baik pun bukan semudah membaca ABC, namun penampilan pemimpin yang berkesan sewajarnya akan disyukuri. 
    Secara peribadi, saya melihat para pendokong watak politik hari ini, ramai di kalangannya menjadikan politik ini sebagai cabang perniagaan dan bukannya kerjaya yang bertanggungjawab menggalas amanah seperti tuntutan sepatutnya.
     Menyentuh sedikit tentang perniagaan global, harga minyak semakin turun sejak kebelakangan ini.
Kalau pada tahun 2007 Crude Oil pernah mencecah USD150/barrel... kini tinggal USD33.25/barrel. 
Satu kejatuhan yang menghampiri harga paling rendah dalam tempoh 20 tahun.
    Keadaan ini semuanya ada kaitan antara satu dengan lain. Semuanya perlukan perhatian dan ketelitian. Sebarang kemungkinan akan berlaku pada bila-bila masa.... dan kita hendaklah sentiasa bersiap sedia menghadapinya....!!!

google.com, pub-2885404704271089, DIRECT, f08c47fec0942fa0

Tiada ulasan: