20230313

IDA DAYAK: Rawatan Luar Biasa

 

Ida Dayak: Dengan Kostium Istimewa


LUAR BIASA.... Itulah ungkapan yang amat sesuai untuk menceritakan tentang cara rawatan oleh seorang wanita dari Kalimantan Indonesia yang dikenali sebagai Ida Dayak. 

Rawatan bersahaja Ida Dayak telah begitu banyak diperagakan di aplikasi Tik Tok dengan hantaran oleh ramai pemain tik tok yang berkesempatan menghadiri sesi rawatan Ida Dayak di merata tempat dan terbaru di Pasar Cibinong, Bogor.

Setiap hantaran melibatkan Ida Dayak akan mendapat ratusan ribu tanda suka dan bukan sedikit komen dari warga net yang kebanyakannya mengagumi akan keberkesanan rawatan si pengamal perubatan taradisi ini. 

Beliau membuat rawatan khusus melibatkan patah tulang tangan dan kaki serta beberapa kecacatan dari lahir yang berjaya disembuhkan dengan menampakkan reaksi si pesakit tidak merasa kesakitan ketika tangan patah bengkok diluruskan seperti sedia kala dan kesembuhan terlihat serta-merta..

Rawatan Ida Dayak hanya menggunakan minyak Dayak Asli yang dijualnya menerusi Ida Dayak Offiicial dan dari satu tempat ke satu tempat yang kebanyakkannya di pasar terbuka. Selain minyak Ida Dayak juga sering mengucapkan Bismillahirahmannirahim sebelum merawat dan ungkapan tersebut seakan mambantu Ida Dayak melaksankan rawatannya.

Sesekali menari dengan kostium taradisi Dayak, menghiburkan para hadirin dan juga warganet yang berkesempatan mengikuti aksi Ida Dayak. Tarian yang kebanyakannya diiringi  muzik sape seakan amat sebati dengan lingkungan Ida Dayak.

Kebanyakan keluarga pesakit terharu dengan kesembuhan serta merta pesakit selepas sentuhan Ida Dayak. Ada yang sampai mengeluarkan air mata kegembiraan melihat keluarga sembuh, setelah bertahun-tahun menderita kesakitan tangan atau kaki yang kebanyakaknya pernah mengalami kepatahan teruk akibat pelbagai kemalangan.

Tambah luar biasa apabila kesemua rawatan itu dilakukan secara percuma dan ini diwar-warkan sendiri oleh Ida Dayak pada setiap kali rawatan dilakukan.

"Mencari uwang itu mudah, tapi harta tidak sampai ke mana dan akan habis. Tetapi saya mencari keluarga dan saudara dan ini akan kekal selamanya..." lebih kurang begitu tegas Ida Dayak setiap kali melakukan rawatan.

"Kita hanya berusaha, bukan saya yang menyembuhkan, semuanya atas kehendak dan kuasa Allah" tegasnya merendah diri...

Sewajarnya kemahiran Ida Dayak tidak dipersiakan oleh pihak berwajib dan semoga ada usaha untuk menjadikan Ida Dayak sebagai aspirasi untuk melahirkan lebih ramai Ida Dayak di seluruih Nusantara.

Semoga Ida Dayak diberikan kesihatan yang baik dan sentiasa ada di mana-mana untuk menabur baktinjya dengan sokongan dari semua pihak. 

Tik Tok Ida Dayak : IDA DAYAK OFFICIAL - 168.7k Pengikut.   idadayak - 408.6k Pengikut dan Buk ida dayak 29.3k pengikut... dan banyak lagi akaun tik tok Ida Dayak yang boleh dilayari. Semoga Bu Ida Dayak sentiasa sukses dan lebih cemerlang. 

Sekadar sokongan untuk seorang insan yang baik.







Tiada ulasan: