20230319

RINGKAS DAN KERATIF: Meja Simen Daun Keladi

 

Meja Keladi yang telah siap


Catatan kali ini akan saya kongsikan cara mudah menyediakan meja berbentuk kreatif dan sesuai di letakkan di taman, halaman rumah, dalam bilik bacaan atau dijadikan meja hidangan di restoran dan seumpamanya.

Selain kelihatan unik dan cantik, meja ini juga tahan lama dan murah. boleh dibuat untuk kegunaan sendiri atau dijadikan sebagai projek usaha niaga.

Untuk sebuah meja berukuran muatan empat orang, anda memerlukan bahan seperti di bawah:-

Satu beg simen, pasir dua kereta sorong, batu satu kereta sorong dan sedikit dawai vrc.


Daun Keladi

1. Telungkupkan daun keladi di tempat yang rata. Boleh letak sedikit pasir yang kita mahukan untuk sedikit lekuk di meja bagi menampakkan kreativiti, kalau mahu.

Bancuh simen

Turap simen di atas daun

2. bancuh simen dan letakkan setengah inci di semua permukaan daun dan letakkan dawai vrc selepas itu tambah ketebalan simin sehingga dua inci. 

Buat Lubang untuk tiang

3. Tambah ketebalan simen di bahagian tengah dan buat lubang di tengah untuk tempat masukkan tiang. Biarkan kering sehingga 48 jam.







4. Untuk tiang meja anda boleh gunakan kayu  bercabang sebagai asas dan dibungkus kemas dengan simen sedikit demi sedikit sehingga besar dan sesuai dengan tapak meja.



5. Selepas 48 jam simen telah bersedia untuk dibalikkan untuk melihat permukaan atas meja.



6. Koyakkan semua lapisan daun dan permukaan meja telah kelihatan dengan corak yang menarik.





7. Telungkupkan semula dan tanam tiang dan tambah simen sehingga kukuh.



8. Nah akhirnya siap dan akhir sekali kita cat dengan warna kesukaan.  Selamat mencoba dan semoga perkongsiuan  ini bermanfaat. Jumpa lagi dengan kerja kreatif yang lain.


20230313

IDA DAYAK: Rawatan Luar Biasa

 

Ida Dayak: Dengan Kostium Istimewa


LUAR BIASA.... Itulah ungkapan yang amat sesuai untuk menceritakan tentang cara rawatan oleh seorang wanita dari Kalimantan Indonesia yang dikenali sebagai Ida Dayak. 

Rawatan bersahaja Ida Dayak telah begitu banyak diperagakan di aplikasi Tik Tok dengan hantaran oleh ramai pemain tik tok yang berkesempatan menghadiri sesi rawatan Ida Dayak di merata tempat dan terbaru di Pasar Cibinong, Bogor.

Setiap hantaran melibatkan Ida Dayak akan mendapat ratusan ribu tanda suka dan bukan sedikit komen dari warga net yang kebanyakannya mengagumi akan keberkesanan rawatan si pengamal perubatan taradisi ini. 

Beliau membuat rawatan khusus melibatkan patah tulang tangan dan kaki serta beberapa kecacatan dari lahir yang berjaya disembuhkan dengan menampakkan reaksi si pesakit tidak merasa kesakitan ketika tangan patah bengkok diluruskan seperti sedia kala dan kesembuhan terlihat serta-merta..

Rawatan Ida Dayak hanya menggunakan minyak Dayak Asli yang dijualnya menerusi Ida Dayak Offiicial dan dari satu tempat ke satu tempat yang kebanyakkannya di pasar terbuka. Selain minyak Ida Dayak juga sering mengucapkan Bismillahirahmannirahim sebelum merawat dan ungkapan tersebut seakan mambantu Ida Dayak melaksankan rawatannya.

Sesekali menari dengan kostium taradisi Dayak, menghiburkan para hadirin dan juga warganet yang berkesempatan mengikuti aksi Ida Dayak. Tarian yang kebanyakannya diiringi  muzik sape seakan amat sebati dengan lingkungan Ida Dayak.

Kebanyakan keluarga pesakit terharu dengan kesembuhan serta merta pesakit selepas sentuhan Ida Dayak. Ada yang sampai mengeluarkan air mata kegembiraan melihat keluarga sembuh, setelah bertahun-tahun menderita kesakitan tangan atau kaki yang kebanyakaknya pernah mengalami kepatahan teruk akibat pelbagai kemalangan.

Tambah luar biasa apabila kesemua rawatan itu dilakukan secara percuma dan ini diwar-warkan sendiri oleh Ida Dayak pada setiap kali rawatan dilakukan.

"Mencari uwang itu mudah, tapi harta tidak sampai ke mana dan akan habis. Tetapi saya mencari keluarga dan saudara dan ini akan kekal selamanya..." lebih kurang begitu tegas Ida Dayak setiap kali melakukan rawatan.

"Kita hanya berusaha, bukan saya yang menyembuhkan, semuanya atas kehendak dan kuasa Allah" tegasnya merendah diri...

Sewajarnya kemahiran Ida Dayak tidak dipersiakan oleh pihak berwajib dan semoga ada usaha untuk menjadikan Ida Dayak sebagai aspirasi untuk melahirkan lebih ramai Ida Dayak di seluruih Nusantara.

Semoga Ida Dayak diberikan kesihatan yang baik dan sentiasa ada di mana-mana untuk menabur baktinjya dengan sokongan dari semua pihak. 

Tik Tok Ida Dayak : IDA DAYAK OFFICIAL - 168.7k Pengikut.   idadayak - 408.6k Pengikut dan Buk ida dayak 29.3k pengikut... dan banyak lagi akaun tik tok Ida Dayak yang boleh dilayari. Semoga Bu Ida Dayak sentiasa sukses dan lebih cemerlang. 

Sekadar sokongan untuk seorang insan yang baik.







20230308

SEBENTAR DI SURABAYA: Bersama Pelayaran Indonesia

 


Pelayaran Indonesia


Singgah sebentar di Surabaya. 

Surabaya, kota yang padat dengan warga serta pengunjung dari pelbagai pelusuk dunia. Penduduknya nampak bersemangat dengan cara tersendiri apatah lagi untuk memperagakan perniagaan masing-masing. Kepetahan dan pujuk rayu penjaja amat mengusik hati dan sesekali sememangnya menghiburkan.

Singgah sebentar sahaja, sekitar 6 jam. Perjalanan ke Jakarta akan diteruskan dengan kapal Pelayaran Indonesia Ngapulu. 

Enam jam adalah masa yang terlalu singkat untuk menjelajah sebahagian kecil Surabaya. Berburu menuju sebuah pasar yang sesak dengan pengunjung. Sempat berbelanja buah-buahan ala kadar sebagai bekalan di atas kapal nanti.




Sepanjang jalan dari pusat Surabaya ke Pelabuhan Tanjung Perak, pelbagai situasi menarik terlihat di sana sini. Aksi warga pemburu rezeki di awal pagi,  dengan langkah seakan diburu waktu, menarik perhatian dan sesekali kita terasa terikut-ikut rentak perjalanan mereka.

Bermacam jenis bunga juga ditanam bagi memperindahkan bahu jalan, pemandangan ini amat mempersonakan disulami dengan pohon-pohon besar yang berkemungkinan berusia puluhan tahun.

Ngopi yuk...


Masa yang sedikit itu boleh dimanfaatkan untuk meninjau ikon Jawa Timur iaitu jambatan yang menghubungkan Pulau Jawa dan Pulau Madura iaitu Jambatan Suramadu.  Sayangnya kita tidak berkesempatan melihat Surabaya di kala senja kerana kita telah dipanggil oleh peluit kapal yang menandakan penumpang harus kembali ke kapal untuk meneruskan perlayaran ke Jakarta. Selamat tinggal Surabaya.