20220806

TANGGUNGJAWAB dan IMBUHAN SEORANG BLOGGER

 

 

Mencari bahan tulisan adakalanya menuntut pengorbanan masa dan perbelanjaan

Seperti penulis di media cetak atau elektronik, seorang blogger juga memggalas tanggungjawab untuk dilaksanakan. Menceburkan diri sebagai blogger sahaja telah meletakkan diri kita sebagai anggota masyarakat yang memikul tanggungjawab tertentu.

     Selain memerlukan tumpuan berfikir, seorang blogger juga semestinya dapat meluangkan masa untuk menghasilkan artikal. Bermula dari mencari bahan, membuat ringkasan, menyusun dan menulis artikal tersebut sehingga menjadi bahan bacaan, mengedit dan menerbitkan sendiri artikal tersebut di blog pilihan.

    Seterusnya blogger juga harus menjadikan blog tersebut sebagai wadah yang bermutu, memberi kepuasan dan maklumat yang berkesan khususnya kepada audines iaitu para pelayar dunia maya.

    Sama ada blogger yang telah lama berkecimpung di arena ini atau yang baru berjinak-jinak mencoba nasib sebagai blogger… tugas dan tanggungjawabnya adalah sama. Selain yang dicatatkan di atas, tugasan lain akan menyusul terutama sekali untuk menangani hasil artikal tersebut dalam pelbagai sudut pandang.

     Mematuhi peraturan, teliti tentang perkara yang dibolehkan dan mengelak menulis perkara yang dilarang adalah disiplin yang harus dijadikan panduan.

    Sebagai contoh, blogger hendaklah mengelakkan menulis sehingga melibatkan jatuhnya maruah seseorang. Menyebarkan fitnah dan perkara yang tidak benar, menimbulkan provokasi dan sebagainya.

    Blogger juga hendaklah mengelakkan penulisan yang menjurus ke arah penipuan khasnya yang menyebkan kerugian kepada pihak tertentu.Tindakan tegas akan menanti blogger yang tidak berhati-hati.

    Seperti tanggungjawab, imbuhan atau penghasilan seorang blogger juga bergantung kepada disiplin diri sendiri. Kerajinan, ketekunan dan kesungguhan seorang blogger pastinya memberi pulangan yang baik. Terdapat ramai blogger yang menjadikan kerjaya ini sebagai sumber pendapatan tetap untuk menampung perbelanjaan keluarga.

    Kesabaran adalah antara kunci utama seorang blogger untuk menuai hasil yang diharapkan. Di samping itu hendaklah sentiasa memperbanyakkan membaca khasnya tentang pembinaan blog serta mendalami teknik  penghasilan blog yang memberi pulangan.

    Terdapat pelbagai cara untuk seorang blogger menghasilkan pendapatan di alam maya ini dan Insyaallah saya akan berkongsi tentang ini dalam artikal yang lain pada kesempatan akan datang.

      Sebagai kesimpulan di sini, seorang blogger juga memikul tanggungjawab yang besar dan kesungguhan sudah pasti akan memberi pulangan terbaik. Semoga kesedaran ini akan membuka minda para remaja kita untuk menceburi bidang penulisan/pembinaan blogg untuk dijadikan sebagai kerjaya…. Terima kasih dan jumpa lagi….

Tiada ulasan: