20220829

Sambutan MERDEKA Felda Sahabat

 

Hj. Chandra Basih









 

Keluarga besar Felda Sahabat 2, Lahad Datu, sedang bersiap siaga untuk  Majlis Sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos ini.

 

Beberapa acara dan persiapan, telah dan sedang rancak diselanggarakan oleh warga peneroka. Acara sukan peneroka dan Pertandingan Pondok Pameran Blok adalah antara persiapan majlis tersebut.

 

Ketua Peneroka, Haji Chandra Basih mengatakan bahawa acara tahunan ini tertangguh sejak tahun 2020 dan ini merupakan sambutan Pasca Covid 19. Penyertaan dan Kerjasama semua warga amat menggalakkan, tegasnya.

 

Hari kemuncak pada malam 31 Ogos dijangka lebih meriah dengan susunan acara yang telah disediakan. Semua warga dialu-alukan untuk hadir sambil menyemarakkan lagi rasa cinta terhadap negara berbekalkan semangat Keluarga Malaysia, Teguh Bersama.

 

Menurut Haji Chandra lagi, terdapat 10 Blok di Felda Sahabat 2 dan setiap blok akan menghantar peserta dalam semua acara yang dianjurkan.  Sambutan ini berkonsepkan, Satu Keluarga Dalam Felda…. Membawa maksud untuk mengembalikan semangat kekeluargaan Felda Sahabat 2 yang terjejas akibat pendemik baru-baru  ini.

Tiada ulasan: