20220807

KREATIF DALAM MEMBUAT KEPUTUSAN

 

Melaksanakan Program Merdeka:

KREATIF DALAM MEMBUAT KEPUTUSAN

Merdeka datang lagi. Kali ini dengan presepsi baru, kepimpinan baru dan suasana baru selepas seluruh pelusuk dunia dilanda gelombang pendemik durjana, Covid pemusnah kesejahteraan sejagat bermula penghunjung 2019.

   Sebagai kelompok pelanggan kepada Program Sambutan Kemerdekaan, masyarakat sudah pasti akan menuntut acara yang berkesan, kreatif dan membangkitkan rasa patriotik, selain meningkatkan lagi rasa bangga menjadi rakyat negara merdeka yang berdaulat ini. Tambah meninggalkan kesan seandainya sambutan tersebut dapat memperagakan buah fikir yang baru luar biasa dengan perencah kreatif mengikut kesesuaian tempat dan masa.

   Pelbagai cara sambutan yang boleh diketengahkan dengan menghimpun resolusi dari pelbagai pihak. Sekadar menganjurkan acara lari ikat kaki dan meloncat-loncat dalam guni (sekadar contoh), rasanya sudah terlalu kuno, ketinggalan zaman dan hanya saduran acara nenek moyang kita sebelum merdeka lagi.

   Penganjur program hendaklah akur bahawa masyarakat hari ini sebahagian besarnya menuntut hidangan acara yang meninggalkan kesan luar biasa, vairal, gah dan mencatat kenangan walaupun tidak sehebat sebuah sejarah.

   Riak wajah adakalanya penganjur merasa puas akan kehadiran dan penyertaan masyarakat setempat. Waema sebenarnya kehadiran dan penyertaan masyarakat hanyalah kerana memenuhi syarat dan dalam keadaan tidak selesa untuk menunggu acara berakhir. Sedang di pojok sana, sang penganjur tersenyum lebar syok sendiri.

   Sekadar pandangan pelanggan acara…. Salam merdeka bossku…

Tiada ulasan: