20221219

SERANGAN GAJAH LIAR DI FELDA SAHABAT

 

Gambar Hiasan Sahaja


 

Gajah merupakan haiwan herbivor yang mana juga merupakan mamalia yang terbesar di darat. Gajah dikenali sebagai haiwan yang bergerak hidup secara berkawanan atau berkumpulan. Mamalia ini boleh ditemui di pelbagai habitat, tidak kira di kawasan hutan belantara, di kawasan sungai mahupun di kawasan kebun-kebun di sekitar kita. Kelihatan bahawa gajah merupakan haiwan yang menyenangkan dan menarik untuk dilihat serta dijadikan bahan pemotretan bagi masyarakat, dek kerana saiznya yang besar, belalainya yang unik dan sepasang gading yang dikatakan mencecah ratusan bahkan ribuan Ringgit Malaysia. Namun begitu, adakah masyarakat cakna tentang kehadiran gajah liar yang mendatangkan kerugian kepada segelintir penduduk.

 

Seperti yang kita sedia maklum kelapa sawit merupakan sejenis pokok palma yang menjadi sumber penghasilan bagi masyarakat seperti di FELDA Sahabat Lahad Datu, kerana tanaman tersebut merupakan tanaman yang komersil dalam pengeluaran minyak daripada isirong dan buahnya.

 

Jika dapat diundurkan bahtera, sejarah FELDA Sahabat yang berlokasi di kawasan Timur Lahad Datu rasmi dibuka pada tahun 1979 berdasarkan kelulusan kerajaan Negeri melalui Warta Kerajaan Negeri Sabah dan telah ditempati oleh penduduk daripada berbagai daerah di Sabah. Keluasan bagi FELDA Sahabat ialah 105,053 hektar bagi Ladang Kelapa Sawit dan 1707 hektar bagi penempatan penduduk, jumlah keseluruhan adalah 106,760 hektar.

 

Sejak beberapa tahun kelmarin penduduk di FELDA Sahabat seringkali digemparkan oleh kehadiran beberapa kawanan gajah liar yang menempati kawasan kebun-kebun sawit di FELDA Sahabat. Justeru, isu tersebut telah menjadi buah mulut masyarakat lantas kebimbangan yang menyelimuti hati mereka. Seperti yang kita sedia maklum, kehadiran gajah liar di FELDA Sahabat telah banyak memberi kerugian tidak kira dari aspek harta benda masyarakat dan juga kemerosotan prestasi kebun-kebun sawit yang telah dirosakkan oleh gajah liar tersebut.

 

Namun begitu, pihak pengurusan FELDA Sahabat tidak hanya bertongkat dagu dan berlepas tangan. Seiring dengan isu gajah liar ini pihak pengurusan FELDA Sahabat sentiasa sigap dengan keadaan semasa. Beberapa alternatif yang telah dilakukan bagi menyelesaikan isu ini, contohnya mengerahkan beberapa orang untuk membakar tayar di dalam kebun kelapa sawit pada malam hari dan memasang meriam buatan untuk tujuan menakutkan gajah liar agar tidak berada dekat dengan kebun kelapa sawit.

 

Isu gajah liar tidak harus dipandang enteng kerana ini boleh mendatangkan pelbagai ancaman tidak kira bagi masyarakat mahupun kebun-kebun kelapa sawit. Rentetan itu, telah banyak kes yang meragut nyawa akibat daripada amukan gajah liar antaranya seorang pekerja di Ladang Semantan dekat Mentakab yang berumur 55 tahun dikejarkan ke hospital akibat dipercayai telah diserang oleh tujuh ekor gajah liar pada 05 Julai 2022, yang mengakibatkan beliau patah buku lali dan disahkan meninggal dunia tiga hari setelah kejadian tersebut. Selain itu, pada 06 Disember 2022 sekawanan gajah liar telah mengamuk di sekitar kawasan Kampung Simoi Baru, Pos Betau, Kuala Lipis yang juga telah mengakibatkan seorang wanita Orang Asli, Wak Angkat Yok Tong, 39 tahun maut di tempat kejadian setelah mengalami kecederaan parah kerana dipijak kawanan gajah liar tersebut.

 

Akhir sekali, warga FELDA Sahabat hendaklah mengambil langkah yang efisien dalam menangani isu gajah liar yang semakin hari semakin merungsingkan masyarakat kita tidak harus membiarkan isu ini terbiar tanpa noktah hinggalah terjadi kejadian fatal yang tidak diingini.

Semoga semua pihak yang berkenaan dapat merumuskan resolusi terbaik dan merungkai permaslahatan ini dalam tempoh segera atas keperluan dan merendumkan kegusaran penduduk khasnya di sekitar Daerah Kecil Tungku.

 

 

20221218

TRAGEDI MENYAPA KERINDUAN

 




 

Tanggal 15 Disember 2022. Selepes menonton siaran langsung World Cup antara Moroco dan Francis dan selepas solat Subuh, saya dan isteri meninggalkan Felda Sahabat menuju ke Tawau sejauh 226 kilometer.

Isteri yang memandu mengambil masa sekitar 4 jam dan kami berada di Bandar Tawau dengan keadaan yang selamat di samping cuaca yang sedikit redup.

Tujuan sebenar kami adalah untuk satu missi pertemuan antara anak dan ibu yang terpisah hamper 30 tahun. Si anak  menetap di Sungai Nyamuk Kalimantan Timur Indonesia, manakala ibunya menetap di Kota Marudu Sabah, Malaysia.

Kedua beranak ini berasal dari Sulewesi Selatan Indonesia dan terpisah dek tuntutan kehidupan masing-masing.

Sekitar jam 11 pagi, ferry dari Nunukan mendarat di Pelabuhan Tawau. Muncullah lima sekeluarga yang kami tunggu. 

Asal perancangan, dari Tawau akan Kembali ke Lahad Datu, seterusnya ke Kota Kinabalu dan ke Kota Marudu.

Atas perbincangan singkat, haluan kami ubah dari Tawau ke Kota Kinabalu mengikut Jalan Kalabakan. Perjalanan mengikut laluan ini sejauh 446 kilometer. Manakala laluan pertama tadi Tawau-Lahad Datu -Kota Kinabalu sejauh 542 kilometer.

Dari sudut masa hanya membezakan sekitar 2 hingga 3 jam sahaja.

Dari Tawau perjalanan dimulakan. Keceriaan tetamu yang pernah menetap di Marotai Nampak terserlah. Sepanjang jalan menceritakan pengalaman lampau kepada keluarganya. Setiba di Felda Umas kami singgah solat jamak Zohor dan Assar.

Agak pelik, sepanjang perjalanan menuju ke Keningau dari Tawau, setiap  kali kami berhenti, kenderaan Toyota Fortuner mengalami masalah stater. Saya terpaksa membuka bonet depan dan start dengan mengunakan screw driver di starter yang bermasalah. Sebenarnya saya amat kurang pengatahuan dalam soal enjin kenderaan dan jadualkan esok akan bawa ke bengkel untuk pemeriksaan dan pembaikan.

Semasa tiba di Keningau, selepas mengisi minyak, kami meneruskan perjalanan. Masa ini telah masuk waktu solat Maghrib, namun kami meniatkan Bersama untuk menjamak takhir solat Maghrib ke waktu Isyak.

Dari Keningau ke Kota Kinabalu, ada dua pilihan jalan iaitu, Jalan Tambunan (Jalan Lama 129 Kilometer) atau Jalan Kimanis (109 Kilometer)

Kedua-dua laluan ini akan mendaki dan menuruni bukit yang agak tinggi. Kedua-duanya merentasi Banjaran Crocker. Kami memilih Jalan Kimanis.

Pendakian bermula dengan baik. Kami menurunkan semua cermin tingkap untuk menikmati hembusan angin banjaran yang nyaman. Kenyamanan di awal malam itu benar-benar mengasyikkan sehingga saya terlupa untuk mengarahkan isteri untuk mengubah pedel gear dari D ke 3 atau 2. Selalunya saya akan mengarahkan ini dan malam itu saya terlalai dengan tidak menyebut arahan tersebut.

Setiba dipuncak Bukit Manggis, Ketika memulakan penurunan bukit ke Papar, cengkaman brek telah berkurangan. Isteri memaklumkan kepada saya dan saya membuat kesilapan lagi dengan tidak mengarahkannya berhenti, seperti yang pernah kami buat sebelum ini.

Akhirnya semua brek tidak berfungsi, isteri hanya mengawal stering dan kelajuan semakin bertambah meneuruni bukit curam yang telah banyak menelan korban sebelum ini.

Di selekoh terakhir menuju ke kawasan rata, kenderaan tidak dapat dikawal sama sekali dan kami hanya dapat menjeritkan Allahhuakbar. Segalanya terjadi begitu pantas dan takdir telah mengatasi segala perancangan kami yang lemah.

Pertemuan dua beranak yang dijangka sebagai pertemuan yang paling manis akhirnya menjadi hambar dan tawar selepas si anak terlantar akibat kemalangan.

Saya merakamkan ucapan terima kasih tidak terhingga kepada sanak saudara, Cikgu Hisabdin, Jumaldin, Irwan Sahar, Suhaini. Anggota Bomba, Hospital Papar, Hospital Quen Elezibeth,  Balai Polis Papar dan orang awam yang sempat membantu kami. Juga kepada semua yang mendoaakan kami agar cepat sembuh dan dipermudahkan urusan.

Penghargaan tidak terhingga kepada semua isteri, anak, menantu, baisan dan jiran sekeliling yang mendoakan agar kami pulih seperti sediakala dari trauma kemalangan ini.

Kepada isteri, Mulhaerie Wahide, semoga Allah memberikan kekuatan untuk meneruskan kehidupan ini. Segala yang berlaku ada hikmah dan kita sentiasa redha serta bertawakal menghadapinya.

 

20221210

TEKSI PESAWAT: HANYA DI PAPUA.





Sebuah  pesawat ringan dijadikan taksi. Agak luar biasa ya. Tapi itulah yang berlaku di Papua. Anda tidak perlu menempah tiket, hanya menunggu masa penerbangan dan bayar tambang seperti anda menaiki teksi. 
    Fenomena ini telah dipaparkan oleh pengguna TikTok A J Faroek dan paparan tersebut sehingga kini mendapat lebih 30k tanda suka dan paparan lainnya juga amat menarik khususnya pencinta tempat sebagai lokasi pelancongan.
   Teksi pesawat ini khabarnya boleh membawa sekitar 7 hingga 10 pumpang. Barangan hasil tani juga boleh diangkut sekitar 900 kilogram.
    Sememangnya luarbiasa bagi kebanyakan orang tapi sudah menjadi rutin harian kepada penduduk di Papua dan taksi ini menghubungkan pekan-pekan sekitar pada setiap hari.
    Uniknya pembantu pailot akan menjerit-jerit memanggil penumpang dengan menyebut nama daerah tujuan. Suasana ini sama seperti pemandu teksi biasa di kebanyakan tempat. 
   Pelbagai reaksi pembaca menyentuh tentang taksi pesawat ini. Ramai yang teruja dan kagum dengan situasi yang dipaparkan.
     Manakala tambang penumpang adalah mengikut jarak jauh tujuan penerbangan dan sudah pasti tambangnya agak lumayan.