20220831

Anak FELDA Cemerlang: DR. DICKY WIWITTAN


 

Kenali Dr. Dicky Wiwittan



Dr. Dicky Wiwittan Bin Toto Ngadiman, merupakan generasi  ke dua Blok 5 Felda Sahabat 2. Bersikap sederhana dengan memperbanyakkan watak merendah diri, Dr. Dicky meneruskan langkah menabur jasa di kalangan anak bangsa.

 

Bermula dengan menjawat sebagai Pegawai Ekseutif di Bank Islam pada tahun 2004 hingga 2007, beliau seterusnya menerima tawaran sebagai Pensyarah di Politeknik Kota Kinabalu pada 2008 sehingga hari ini.

 

Ayah pembakar semangat,
Haji Toto Ngadiman, Peneroka Felda Sahabat 2,
Lahad Datu, Sabah.

Selain itu,  Dr. Dicky juga menerima undangan sebagai Visiting Lecturer on Teaching Research Methodology for Islamic Study pada tahun 2021 hingga 2022 di Universitas Muhammadiyah Pare-Pare Sulawesi Indonesia.

 

Dunia kependidikan terus menagih khidmat Dr. Dicky sehingga membawa beliau ke podium sebagai Penceramah Penulisan Proposal, Penceramah Teknik Penulisan Literatur Review dan Penceramah SPSS dan Smart PLS serta bertindak sebagai Reviewer e-digest Wotes Politeknik Kota Kinabalu.

 

Dalam bidang penerbitan, Dr. Dicky menyalurkan tenaga dan buah fikir sebagai seorang Editor di The Journal of Islamic, Sosial, Economics and Development (JISED)  serta Jurnal Penyelidikan Sains Sosial (JOSSR)

 

Usaha kecemerlangan Dr. Dicky dilanjutklan lagi dengan pengelibatan dalam bidang penulisan.  Sehingga kini menghasilkan buku digital berprofile tinggi dengan tajuk Panduan Asas Penulisan Proposal Penyelidikan dan Analisis Awal.

 

Dr. Dicky Wiwittan

Juga Menulis: SUMBER PENGATAHUAN TENTANG ZAKAT: Pengurusan Zakat di IPT, Tahap Kepuasan Agihan Zakat, Konsep Lokalisasi Zakat, Faktor Penentu dan Pandangan Institusi Zakat.

 

Semoga Allah SWT merestui dan merahmati langkah Dr. Dicky seterusnya dan akan menjadi contoh di kalangan remaja kini.

20220830

SAHABAT 2: Gamat dengan laungan MERDEKA.

 


Pagi ini 30 Ogos 2022, perkarangan Dewan Semai Bakti Anjung Teduh, GAMAT dengan laungan MERDEKA. Meriah dengan kibaran Jalur Gemilang.

Pelbagai kreativiti dan hidangan acara disediakan penganjur. Warga Peneroka dan kakitangan Felda membanjiri lokasi sambutan. Gambar kenangan menjadi pilihan pengunjung:-

Haji Mad Ali Hassan: AJK Penganjur


Pondok Blok 5

Pondok Blok 4


Pondok Blok 3

Pondok Blok 2

ble>
Pondok Blok 1
Pondok Blok 6

Kemeriahan ditambah lagi dengan kehadiran Pengarah Felda Wilayah Sahabat, Encik Yusof Ismail dan rombongan. 

Setiap blok menyediakan upacara sambutan dengan pelbagai tarian taradisi dan persembahan menarik dalam pelbagai gimik yang melambangkan taradisional serta patriotik.

Blok 7

Blok 8

Blok 9

blok 10

Riak wajah pengunjung dan peserta mencerminkan kesyukuran atas sambutan yang meriah ini.


Dalam Rumah Blok 3


Semoga acara sambutan Hari Merdeka ini akan menjadi wadah perpaduan antara semua pihak, kata salah seorang AJK Penganjur, Haji Mad Ali Hassan.




20220829

Sambutan MERDEKA Felda Sahabat

 

Hj. Chandra Basih









 

Keluarga besar Felda Sahabat 2, Lahad Datu, sedang bersiap siaga untuk  Majlis Sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos ini.

 

Beberapa acara dan persiapan, telah dan sedang rancak diselanggarakan oleh warga peneroka. Acara sukan peneroka dan Pertandingan Pondok Pameran Blok adalah antara persiapan majlis tersebut.

 

Ketua Peneroka, Haji Chandra Basih mengatakan bahawa acara tahunan ini tertangguh sejak tahun 2020 dan ini merupakan sambutan Pasca Covid 19. Penyertaan dan Kerjasama semua warga amat menggalakkan, tegasnya.

 

Hari kemuncak pada malam 31 Ogos dijangka lebih meriah dengan susunan acara yang telah disediakan. Semua warga dialu-alukan untuk hadir sambil menyemarakkan lagi rasa cinta terhadap negara berbekalkan semangat Keluarga Malaysia, Teguh Bersama.

 

Menurut Haji Chandra lagi, terdapat 10 Blok di Felda Sahabat 2 dan setiap blok akan menghantar peserta dalam semua acara yang dianjurkan.  Sambutan ini berkonsepkan, Satu Keluarga Dalam Felda…. Membawa maksud untuk mengembalikan semangat kekeluargaan Felda Sahabat 2 yang terjejas akibat pendemik baru-baru  ini.