Kehadiran parasit tumbuhan ini amat menggerunkan khasnya para pekebun tanaman sawit.
Beberapa kajian telah dibuat bagi mengatasi penularan musuh tanaman ini dan sehingga kini tiada satupun tindakan drastik yang berjaya diketengahkan untuk penghapusan ganoderma secara total dan keberkesanan yang ampuh.
Tanda awal serangan ganoderma akan kelihatan apabila daun sawit mengering seperti diserang ulat beluncas, manakala pucuk sawit mula menguning dan penghasilan menurun mendadak.
Apa yang lebih parah, akar keliling sawit akan mereput dan pohon akan tumbang serta memberi ruang lagi akan penetasan ganoderma yang lebih banyak.
Menurut kajian, mengatasi kehadiran awal parasit ini adalah lebih baik dari mengawal pembiakannya setelah serangan bermula. Walau bagaimanapun, serangan awal amat sukar dikesan dalam kebuh atau ladang sawit.
Seperti dijelaskan pada awal tadi, serangan ganoderma boleh menjejaskan hasil. Selain membantutkan pengeluaran bunga, hasil yang terjangkit penyakit ini juga begitu kurang mengeluarkan buah yang bermutu.
Pada awal bulan Jun 2023, Peneroka Felda khasnya Blok 3 Sahabat 2 telah mengambil masa untuk meninjau kesan seranagn ganoderma yang amat membimbangkan. Dengan menyaksikan sendiri dirian pokok yang dijangkiti ganoderma, begitu mencetuskan kegusaran di kalangan peneroka.
Ditambah dengan musim kemarau yang agak lama, hasil tuaian pada bulan Mei 2023 hanya setakat 400 kg satu ekar dan ini merupakan pencapaian yang terlalu rendah di mana purata satu ekar sawit hanya menghasilkan 40 tandan sebulan dengan 55 dirian pokok/ekar.
Para peneroka percaya dan mengharapkan pihak pengurusan Felda akan mengambil tindakan mengawal pembiakan ganoderma secepat mungkin.