Sebermula dahulu... Pekeliling Peneroka Felda menjadi rujukan pentadbiran dalam banyak perkara. Walau pihak Felda tidak membentang akan isi kandungan Pekeliling tersebut secara keseluruhan kepada Peneroka, namun perlaksanaan pengurusan serta urus tadbir Peneroka merujuk dan berpandukan Pekeliling tersebut.
Seolah kitab tebal...Pekeliling Peneroka menyentuh pelbagai peraturan dan panduan pengurusan Peneroka. Ini mencakupi dari JKKR, GPW, Belia...Kebun, kawasan rumah dan keseluruhan kawasan kampung serta banyak lagi...
Beberapa dekad kemudian, khasnya menjelang zaman melenium, Pekeliling Peneroka seakan tidak lagi menjadi kitab rujukan sepenuhnya... Maka terperosoklah sang kitab dicelah timbunan fail lama di dalam stor pejabat atau terbuang bersama perabut uzur yang dihapus kira dan sudah pasti salah sebuah naskhah Pekeliling itu tersimpan kemas di Mezium Felda di Jalan Gurney.
Menjelang zaman digital Pekeliling Dalaman dijadikan rujukan pihak Pengurusan Felda khasnya mengurus hal ehwal Peneroka. Pekeliling Dalaman lebih terperinci dari segi pengurusan Felda dan Peneroka berbanding Pekeliling Peneroka yang semakin dilupakan.
Walaupun Pekeliling Dalaman lebih merangkumi pelbagai perkara, buah fikir para cerdik pandai menambah baik pelbagai sudut lagi dengan membentang Kertas Putih khasnya ketika Felda terkapai dan sedikit tergugat dengan ketirisan ekonomi pada ketika itu.
Kertas Putih bertajuk "Ke Arah Kelestarian Felda" menjurus kepada hala tuju baru dengan harapan akan memacu kebangkitan semula Felda dan warganya dalam bidang sosial, ekonomi dan keseluruhan tranformasi dalam pergelelutan manangani cabaran yang semakin runcing, ketika itu.
Keterampilan Kertas Putih setebal 106 muka surat itu, yang pada mulanya diharap dapat mengubah landskap kehidupan golongan Peneroka, nampak tidak begitu berkesan dan seakan gagal untuk diterjemahkan sebagai wadah pembela Peneroka.
Usaha kerajaan menangani longgokan hutang peneroka telah meluluskan penganugerahan terbitan sijil kewangan yang dalam bentuk sukuk bagi penghapusan hutang secara berjangka dan pada mulanya mensasarkan sehingga 80 peratus hutang peneroka dapat dilangsaikan.
Kegembiraan dan ucapan terima kasih kepada usaha tersebut terserlah lalu berderetan di merata media. Ketua Peneroka tampil mewakili kaum marhaen ini di pelbagai podium menghamparkan ungkapan penghargaan dan memperkukuhkan azam untuk lebih taat setia khasnya membalas budi baik yang disajikan kepada para Peneroka. Ini sewajarnya dan hampir seluruh Peneroka Felda bersetuju dengan ini.
Walau bagaimana pun, isu hutang Peneroka ini sewajarnya dihuraikan oleh pihak Felda secara telus dan terperinci. Ini disebabkan dengan pelbagai kenyataan yang kala membingungkan khasnya kepada golongan Peneroka. Mana satu yang betul.
Penyata akhir hutang Peneroka pada tahun 2019 telah mencatat Penghapusan Hutang yang melibatkan kos tanam semula. (sila Rujuk Keratan Penyata)
|
Keratan Penyata Hutang 30 Disember 2019 |
Begitu banyak kenyataan tentang hutang Peneroka Felda, menurut penyata, hutang dihapus pada tahun 2019. Manakala pada Ogos 2022 Perjanjian Persetujuan Penghapusan Hutang ditandatangani oleh lebih 80 peratus jumlah Peneroka Felda.
Dalam satu laporan akhbar, tiba-tiba penghapusan hutang Peneroka dihentikan dan kenyataan terkini hutang Peneroka akan dihapuskan dengan penekanan bahawa pelupusan hutang sebelum ini dilaporkan tidak berlaku dan sukuk baru ditandatangani oleh Perdana Menteri ke 10 (PMX).
Sebanyak RM9.9 biilion nilai sukuk diluluskan oleh PMX dan diumumkan secara rasmi pada 7 Julai 2023. Para Peneroka amat mengharapkan agar nilai sukuk yang begitu besar akan dapat dipergunakan dengan sebaik mungkin. Kegagalan projek-projek sebelum ini diharap akan menjadi pengajaran dan panduan agar semua pihak akan mendapat keuntungan (Profit) hasil buah tangan ini.
Apapun berlaku di hadapan esok, isu pelupusan hutang Peneroka ini sudah pasti akan tercatat dalam lipatan sejarah Felda dan Peneroka. Semoga juga akhiran isu ini akan memberi infak yang baik kepada semua pihak...