![]() |
| Arena Monumen Nasional |
Enam malam dilambung ombak dari Pelabuhan Tunon Taka Nunukan bersama Pelayaran Nasional Indonesia (PELNI) ke Pelabuhan Tanjung Periuk Jakarta.
Ibukota ini antara yang paling sesak di dunia. Kesesakan penduduk, kenderaan dan perumahan.
Untungnya ketibaan kami disambut oleh teman-teman yang ramah dan mesera sekali.
Lawatan ke tempat menarik diatur oleh rakan-rakan yang sedia menunggu di sini. Bogor dan rumah Persiden menjadi tempat lawatan yang istimewa.
Selain keindahan di persekitaran kota, Jakarta juga begitu banyak menyediakan medan selera. Kita berpeluang menikmati pelbagai jenis masakan di kota metropolitan ini. Harga makanan juga amat berpatutan dan kebanyakan hidangan semestinya menyelerakan.
![]() |
| Lokasi Makan, pilihan Pak Bambang |
![]() |
| Sahabat di MMBC Tour & Travel. Jakarta Tengah |
Waktu petang di jantung kota ini, khasnya di persekitaran Pasar Senin, kemeriahan penniaga bertambah rancak dan memuncak. Bayangkan di antara dua hala jalan raya, satu hala ada enam lorong... lorong di tengah akan dibuka untuk peniaga menjalankan kegiatan urusniaga masing-masing.
Menarik perhatian juga ialah peniaga yang berdagang jagung atau kacang rebus. Bayangkan di atas basikal terdapat kompor dan periuknya yang berisi jagung rebus... sentiasa dalam keadaan yang panas menyelerakan dengan aroma mengoda citarasa.
Juga menarik perhatian di sekitar Pasar Senin, sesekali kita terserempak dengan orang-orangan atau odong-odong bersaiz besar berkeliaran. Tinggi odong-odong ini separas hampir dua tingkat bangunan. Gelagatnya amat menghiburkian dan mencuit hati pengunjung kanak-kanak.
Terima Kasik kepada Pak Bambang Kilik Gunawan yang menjadi pemandu sepanjang kami berada di Jakarta. Siapa sangka, rakan di Facebook akhirnya menjadi akrab seperti telah lama berkenalan. Keluarganya yang ramah sentiasa melayani kami dengan sebaiknya.
![]() |
| Bogor- Perkarangan Rumah Persiden |











