![]() |
| Sungai Tuaran |
Remaja yang jatuh dari jambatan gantung Kampung Damat pada Sabtu lepas sehingga kini belum ditemui.
![]() |
| Sungai Tuaran |
Mencatat sesuatu sebagai tinggalan untuk generasi penerus. Biarpun bukan sebagai sejarah, cukuplah sebagai kenang-kenangan.
Kehadiran parasit tumbuhan ini amat menggerunkan khasnya para pekebun tanaman sawit.
Beberapa kajian telah dibuat bagi mengatasi penularan musuh tanaman ini dan sehingga kini tiada satupun tindakan drastik yang berjaya diketengahkan untuk penghapusan ganoderma secara total dan keberkesanan yang ampuh.
Tanda awal serangan ganoderma akan kelihatan apabila daun sawit mengering seperti diserang ulat beluncas, manakala pucuk sawit mula menguning dan penghasilan menurun mendadak.
Apa yang lebih parah, akar keliling sawit akan mereput dan pohon akan tumbang serta memberi ruang lagi akan penetasan ganoderma yang lebih banyak.
Menurut kajian, mengatasi kehadiran awal parasit ini adalah lebih baik dari mengawal pembiakannya setelah serangan bermula. Walau bagaimanapun, serangan awal amat sukar dikesan dalam kebuh atau ladang sawit.
Seperti dijelaskan pada awal tadi, serangan ganoderma boleh menjejaskan hasil. Selain membantutkan pengeluaran bunga, hasil yang terjangkit penyakit ini juga begitu kurang mengeluarkan buah yang bermutu.
Pada awal bulan Jun 2023, Peneroka Felda khasnya Blok 3 Sahabat 2 telah mengambil masa untuk meninjau kesan seranagn ganoderma yang amat membimbangkan. Dengan menyaksikan sendiri dirian pokok yang dijangkiti ganoderma, begitu mencetuskan kegusaran di kalangan peneroka.
Ditambah dengan musim kemarau yang agak lama, hasil tuaian pada bulan Mei 2023 hanya setakat 400 kg satu ekar dan ini merupakan pencapaian yang terlalu rendah di mana purata satu ekar sawit hanya menghasilkan 40 tandan sebulan dengan 55 dirian pokok/ekar.
Para peneroka percaya dan mengharapkan pihak pengurusan Felda akan mengambil tindakan mengawal pembiakan ganoderma secepat mungkin.
Mencatat sesuatu sebagai tinggalan untuk generasi penerus. Biarpun bukan sebagai sejarah, cukuplah sebagai kenang-kenangan.
![]() |
| Meja Keladi yang telah siap |
Selain kelihatan unik dan cantik, meja ini juga tahan lama dan murah. boleh dibuat untuk kegunaan sendiri atau dijadikan sebagai projek usaha niaga.
Untuk sebuah meja berukuran muatan empat orang, anda memerlukan bahan seperti di bawah:-
Satu beg simen, pasir dua kereta sorong, batu satu kereta sorong dan sedikit dawai vrc.
![]() |
| Daun Keladi |
1. Telungkupkan daun keladi di tempat yang rata. Boleh letak sedikit pasir yang kita mahukan untuk sedikit lekuk di meja bagi menampakkan kreativiti, kalau mahu.
![]() |
| Bancuh simen |
![]() |
| Turap simen di atas daun |
2. bancuh simen dan letakkan setengah inci di semua permukaan daun dan letakkan dawai vrc selepas itu tambah ketebalan simin sehingga dua inci.
![]() |
| Buat Lubang untuk tiang |
3. Tambah ketebalan simen di bahagian tengah dan buat lubang di tengah untuk tempat masukkan tiang. Biarkan kering sehingga 48 jam.
![]() |
4. Untuk tiang meja anda boleh gunakan kayu bercabang sebagai asas dan dibungkus kemas dengan simen sedikit demi sedikit sehingga besar dan sesuai dengan tapak meja. |
5. Selepas 48 jam simen telah bersedia untuk dibalikkan untuk melihat permukaan atas meja.
6. Koyakkan semua lapisan daun dan permukaan meja telah kelihatan dengan corak yang menarik.
Mencatat sesuatu sebagai tinggalan untuk generasi penerus. Biarpun bukan sebagai sejarah, cukuplah sebagai kenang-kenangan.