Pagi ini 30 Ogos 2022, perkarangan Dewan Semai Bakti Anjung Teduh, GAMAT dengan laungan MERDEKA. Meriah dengan kibaran Jalur Gemilang.
Pelbagai kreativiti dan hidangan acara disediakan penganjur. Warga Peneroka dan kakitangan Felda membanjiri lokasi sambutan. Gambar kenangan menjadi pilihan pengunjung:-
![]() |
| Haji Mad Ali Hassan: AJK Penganjur |
![]() |
| Pondok Blok 5 |
![]() |
| Pondok Blok 4 |
![]() |
| Pondok Blok 3 |
![]() |
| Pondok Blok 2 |
![]() |
| Pondok Blok 1 |
![]() |
| Pondok Blok 6 |
Kemeriahan ditambah lagi dengan kehadiran Pengarah Felda Wilayah Sahabat, Encik Yusof Ismail dan rombongan.
Setiap blok menyediakan upacara sambutan dengan pelbagai tarian taradisi dan persembahan menarik dalam pelbagai gimik yang melambangkan taradisional serta patriotik.
![]() |
| Blok 7 |
![]() |
| Blok 8 |
![]() |
| Blok 9 |
![]() |
| blok 10 |
Riak wajah pengunjung dan peserta mencerminkan kesyukuran atas sambutan yang meriah ini.
![]() |
| Dalam Rumah Blok 3 |
20220829
Sambutan MERDEKA Felda Sahabat
![]() |
| Hj. Chandra Basih |
Keluarga besar
Felda Sahabat 2, Lahad Datu, sedang bersiap siaga untuk Majlis Sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos ini.
Beberapa acara dan
persiapan, telah dan sedang rancak diselanggarakan oleh warga peneroka. Acara
sukan peneroka dan Pertandingan Pondok Pameran Blok adalah antara persiapan
majlis tersebut.
Ketua Peneroka,
Haji Chandra Basih mengatakan bahawa acara tahunan ini tertangguh sejak tahun
2020 dan ini merupakan sambutan Pasca Covid 19. Penyertaan dan Kerjasama semua
warga amat menggalakkan, tegasnya.
Hari kemuncak pada malam
31 Ogos dijangka lebih meriah dengan susunan acara yang telah disediakan. Semua
warga dialu-alukan untuk hadir sambil menyemarakkan lagi rasa cinta terhadap negara
berbekalkan semangat Keluarga Malaysia, Teguh Bersama.
Menurut Haji
Chandra lagi, terdapat 10 Blok di Felda Sahabat 2 dan setiap blok akan
menghantar peserta dalam semua acara yang dianjurkan. Sambutan ini berkonsepkan, Satu Keluarga Dalam
Felda…. Membawa maksud untuk mengembalikan semangat kekeluargaan Felda Sahabat
2 yang terjejas akibat pendemik baru-baru ini.
20220824
7 MANGSA SCAMMER
SCAMER
MENJADI-JADI
Penipuan
secara dalam talian atau scammer semakin menjadi-jadi. Pelbagai cara puak tidak
berhati perut ini membuat si mangsa mengeluarkan wang yang banyak untuk
memenuhi permintaan scammer.
Sejak akhir-akhir ini, media sosial kebanyakkannya
menjadi punca mangsa scammer mengalami kerugian. Antara scam yang popular dan
berjaya memperdaya mangsa:-
1. Tawaran Harga Murah
Luar Biasa.
Sasaran scammer ini adalah si pembeli barangan online. Keinginan untuk
mendapatkan barangan impian selalunya mendorong mangsa untuk berurusniaga
dengan pihak ini.
2. Tawaran Pekerjaan
Gaji Besar.
Amat menyedihkan. Si pencari kerja adakalanya sampai berhutang untuk
mendapatkan jawatan yang ditawar. Akhirnya pekerjaan yang ditawarkan hanya
taktik untuk menipu pemohon.
3. Ancaman Perundangan
Ramai sahabat yang terkena jerat ini. Pelbagai panggilan dari jabatan
tertentu kononnya sedang berurusan untuk mengambil tindakan kepada mangsa.
Mangsa yang tergamam, ketakutan dan terancam akan mempercayai panggilan dari
scammer.
4. Tawaran Keuntungan
Pelaburan.
Mangsa ditawarkan dengan keuntungan yang luar biasa. Ada kalangan mangsa
yang menyimpan hasrat untuk mengejutkan orang tersayang, akhirnya terkejut
sendiri.
5. Tawaran Hadiah
Lumayan.
Biasanya mensasarkan golongan yang kurang ilmu dan pergaulan. Teruja
mendapat tawaran hadiah dan untung besar akhirnya terjerat dan berputih mata.
6. Lantikan Pewaris
Hartawan.
Scammer akan membuat panggilan dan sebagainya konon memilih mangsa untuk
menerima sejumlah besar dana yang ditinggalkan oleh seseorang. Ini melibatkan
sehingga puluhan juta dollar. Awalnya meminta mangsa memberikan butir perbankan
dan bersetuju untuk menerima wang yang akan dikirimkan ke dalam akaun mangsa.
7. Love Scam.
Scammer mensasarkan golongan sudah berumur adakalanya pesara. Kita
pernah dengar banyak penipuan yang melibatkan pakaj scam ini. Pujuk rayu dan
budi bahasa scammer biasanya mencairkan hati si mangsa sehingga sanggup
bergolok bergadai malah merentasi lautan api sekalipun…. Dan golongan mangsa
ini tidak akan mendengar nasihat orang lain.
Sentiasalah
berhati-hati. Dapatkan pandangan dari pihak yang boleh dipercayai. Banyakkan membaca
dan berbincang sebelum mengambil tindakan.




















