FELDA itu umpama BUMI PERMATA dan Tanah Malaysia itu suburnya luar biasa... Bak kata Tok Arab... "Malaysia, tongkat dilempar ke tanahnya pun boleh tumbuh dan berbuah, apatah lagi sebutir benih yang disemai..."
Cerita tentang hutang Peneroka Felda heboh lagi pasca sambutan Hari Besar Peneroka 2023.... Ungkit mengungkit pun kedengaran di mana-mana... Dari kebun hingga ke kedai kopi pelbagai ulasan saling bertingkah, pro dan kontra sahut berlapik, pokok pangkalnya hanya merebut piala kemenangan... Siapakah yang berhak menggondol trophy PEMBELA Peneroka Felda... Penghuni Lubuk Emas dan pemegang pena ajaib untuk melakar tanda X ketika diperlukan nanti....
Ketika PMX mengumumkan pelupusan hutang peneroka... XPM terkejut dan membuka fail lama membentangkan bahawa hutang tersebut telah dihapuskan pada zaman kegemilangannya.
Saling bertuduhan katanya si anu yang berbohong... Mengingatkan kita dialog watak Safar dan Muharam ketika tertangkap mencuri di rumah Syawal dalam filem Ahmad Albab.....lalu Syawal (P. Ramlee) berkata " Ente tuduh dia.. Dia tuduh ente... Jadi siafa yang curi... Anna yang curi...?"
Dalam kekalutan tersebut maka terdengarlah suara Ketua Peneroka... Mengiya pun tidak... Menidak pun tidak... Hanya menjelaskan fakta bahawa hutang peneroka tidak akan ada habisnya...
Alangkah baiknya andai Ketua Peneroka membentangkan Laporan Penyata Hutang tahun berakhir 2021/2022... Kan ada laporan jelas di situ.... Atau penyata dan penyedia penyata itu pula yang berbohong....?
Dalam laporan media... Ada pula yang mengatakan bahawa penghapusan hutang sebelum ini hanya di atas kertas.... Dan bertujuan untuk digunakan sebagai bahan kempen PRU 15.... Wawww ini sungguh luar biasa... Boleh pula buat macam tu ya...
Sekiranya kenyataan itu betul... Bayangkan berapa banyak pembohongan dalam isu ini...
Dalam situasi kalut begini...para peneroka hanya berpegang dan percaya akan kenyataan pihak FELDA. Semua penyata yang diutarakan oleh pihak FELDA adalah diterima muktamad dan dijadikan sebagai dokumen dan fakta.
Walau bagaimanapun...sekiranya pertikaian yang masih belum bertitik akhir ini... berkesudahan dengan penghapusan hutang peneroka seluruhnya... Maka peneroka akan mensyukuri dan menerima perseteruan yang berhikmah ini dengan tangan terbuka.... Terima kasih kepada semua yang telah berusaha.