Foto Hiasan: NASIR @ WiRALZA, Sahabat dan juga Sifu kepada Blogger, awet muda sejak dahulu hingga sekarang, |
Sebelum aku bersedia untuk bersetuju, isteriku Siti Nurwanita datang menghidang kopi panas dan setalam kerepek pisang. ... Baiklah, malam ini aku akan bercerita, datanglah... aku bersetuju.
Malam menjelang, malam minggu yang ceria, di beranda rumah, enam remaja datang dan bertambah lagi lima orang. Semuanya lelaki berusia antara 18 hingga 22 tahun. Semuanya kelihatan tidak sabar untuk mendengar cerita yang akan aku sampaikan sebaik selesainya siaran kegemaranku di TV iaitu sebuah dokumentari di The Ohio Channel.
- Baiklah, malam ini aku akan ceritakan tentang seorang lelaki yang bernama Supar Bin Awang... Kebanyakan orang memanggilnya Supar Wang. Khabar angin kononnya Supar Wang berketurunan dari Planet Krypton, tempat lahirnya adiwira Superman. Namun tiada siapa yang dapat mengesahkankan akan kebenaran fakta keturunannya itu.
-Supar Wang tinggal di sebuah kota metropolitan. Hidupnya mewah dan bergaya. Walau bukan seorang ahli politik yang pembohong, Supar Wang amat dikenali dan disenangi di kota besar ini.
-Agak menghairankan kebanyakan orang, setiap minggu, dua atau tiga kali kalibat Supar Wang kelihatan di sebuah bank. Dia menyimpan wang yang berjumlah besar. Kadang 50 ribu US Dollar, 95 ribu Euro dan pernah 250 ribu Cruzeiro Real Brazil. Setiap minggu itulah rutin Supar Wang.
-Peningkatan simpanan wang Supar Wang bukan sahaja menarik perhatian orang awam bahkan Si Pengurus bank juga tertanya-tanya dan rasa teruja ingin tahu akan usaha Supar Wang yang nampak luar biasa keuntungannya.
-Satu hari Si Pengurus bank (Namanya dirahsiahkan untuk keselamatan, katanya) menjemput Supar Wang ke bilik pengurus untuk bertanya akan usaha luar biasa Supar Wang. Hanya mereka berdua dalam bilik seluas 20x22 kaki persegi yang kedap suara tapi telus pandang dari luar dan dalam.
-Saya kagum dengan usaha tuan, kata Si Pengurus. - Bolehkah tuan ceritakan kepada saya akan perniagaan yang tuan usahakan, atau pelaburan saham hebat yang tuan ceburi...
-Maaf tuan, saya tidak berniaga dan tidak melabur saham, jawab Supar Wang.
-Agaknya tuan berjudi....teka Si Pengurus
-Pun tidak, saya tidak berjudi.
-Jadi apa kegiatan tuan sehingga begitu banyak wang yang tuan perolehi, (Dalam hatinya: Penyeludup agaknya)
-Kalau tuan nak tahu sangat.... sebenarnya saya selalu bertaruh beberapa perkara dengan orang-orang kaya dan saya sentiasa memenangi pertaruhan itu...dan saya tidak pernah kalah... Supar Wang menjelaskan.
-Ohh... hebatnya.... Si Pengurus tambah berminat.
-Kalau tuan pun mahu bertaruh dengan saya...
-Jelaskan, biar saya faham dan pertimbangkan.... Ayuh....Apa pertaruhannya.....?
Supar Wang membisikkan pertaruhannya di telinga Si Pengurus bank. Si Pengurus mendengar dengan teliti sambil mengangguk faham.
-Adakah tuan faham dan bersetujukah bertaruh dengan saya.... tanya Supar Wang.
-Faham dan saya bersetuju.... kita pertaruhkan 50 ribu Pound Sterling.... kata Si Pengurus bank dengan begitu yakin.
-Baiklah, ayuh kita buat perjanjian dan dua minggu dari sekarang kita berjumpa di sini...
Perjanjian siap dan ditandatangani. Si Pengurus bank amat yakin akan memenangi pertaruhan ini. Selain mendapat keuntungan, dia amat teruja menjadi orang pertama kalahkan Supar Wang. Dalam hati tidak sabar rasanya untuk menunggu dua minggu. Dan dia yakin, perkara yang dipertaruhkan akan memihak kepadanya dan dia akan bersorak sebagai pemenang.
Minggu pertama berakhir dengan rasa debar, setiap hari Si Pengurus semakin yakin akan memenangi pertaruhan. Bunga hatinya membesar setiap detik. Kadang terasa geli hatinya memikirkan kebodohan Supar Wang yang sanggup bertaruh perkara yang mustahil akan berlaku. Sesekali Si Pengurus tertawa sendiri.
Pada waktu yang sama Supar Wang menjalani kehidupannya seperti biasa, berpindah dari hotel ke hotel merayau sekitar bandar dan sesekali keluar negara semalam dua. Kadang kelihatan Supar Wang berbual mesera dengan rakan-rakannya terdiri daripada kalangan orang kaya raya, jutawan hartawan malah ada yang memiliki harta ribuah trilion.
Dipanjangkan cerita, sebenarnya Supar Wang ialah seorang yang peramah dan tidak berbangga diri. Dia juga suka menolong orang yang berada dalam kesusahan dan memerlukan pertolongan. Sebab itulah Supar Wang disenangi oleh kebanyakan orang di seluruh dunia. Seperti Superman... Supar Wang juga kadang jadi idola dan igauan oleh orang setengah-setengah.
Masa tinggal tiga hari lagi, Si Pengurus bank semakin yakin, kemenagan akan berpihak kepadanya, hampir setiap minit dia akan membuat kepastian. Isteri dan anak-anaknya juga sesekali merasa hairan akan apakah yang menyebabkan Si Pengurus bank nampak sering bersendiri dan tersenyum tanpa sebab. Sejak pertaruhan dipersetujui, Si Pengurus tidak pernah menceritakan akan hal itu kepada keluarganya, dia berhasrat akan mengatakannya selepas memenangi pertaruhan nanti.
Dalam hati Si Pengurus bank sudah merasakan akan kemenangan dan terbayang semua pengurus bank di seluruh dunia akan mengangkat hormat kepadanya yang berjaya mengalahkan Supar Wang yang tersohor dan dianggap leggandaries oleh kebanyakan orang.
Esok adalah hari penentuan. Si Pengurus bank berlipat ganda keyakinannya. Sebenarnya ramai orang tidak tahu, Si Pengurus bank pun bukan sebarang orang, dia pernah menuntut ilmu meramal daripada seorang yang amat dikenali di Negara Kanoha.
Transformasi Super Saiyan God adalah kekuatan daya ramal yang bukan kepalang dan setanding dengan Super Saiyan Blue. Itulah antara kekuatan yang diandalkan oleh Si Pengurus dalam pertaruhan ini. Walau sesekali terasa getaran ketakutan di hatinya namun perasaan itu cepat-cepat ditepisnya dengan mengamalkan transformasi Super Saiyan God yang akan mengubah warna rambutnya menjadi merah seketika.....
Hari yang ditunggu-tunggu telah tiba, Si Pengurus bank tidak sabar menunggu Supar Wang yang akan tiba sebentar lagi. Debar hatinya semakin kencang .... kemenangan 50 ribu Pound Sterling sudah terbayang, namanya sohor meniti ke semua rakan sejawat di seluruh dunia seusai kemenangannya nanti.
Tepat jam 10.00 pagi, seperti yang dijanjikan, Supar Wang masuk dengan selambanya.
-Silakan duduk Tuan Supar Wang..... sapa Si Pengurus bank sambil tersenyum.
-Terima kasih, tuan.... apakah keputusan pertaruhan kita, tanya Supar Wang sebaik melabuhkan punggung di sofa tetamu.
-Saya telah menang.... Biji yang tuan katakan tinggal satu pada hari ini tidak berubah.... masih dua biji sehingga sekarang...jelas Si Pengurus bank.
-Ohh... begitukah... bermakna tuan memenangi pertaruhan.... Tapi ... pertaruhan kita bukan sedikit... bolehkah saya memastikannya.... pinta Supar Wang.
-Boleh...!! Silakan... izin Si Pengurus Bank dengan bangga sambil melondehkan sedikit seluarnya.
Supar Wang mendekat dan membuat kepastian dengan mengambil masa lebih kurang dua minit.....
-Betul masih dua biji..... tuan telah menang 50 ribu Pound Sterling... Tapi saya juga menang besar hari ini.... tuan lihat di hujung sana... seorang lelaki berbaju hitam..... ujar Supar Wang sambil menunjuk keluar...
-Ya nampak...di sedang perhatikan kita... jadi kenapa...??? Si Pengurus bank bertanya kembali...
-Betul sejak tadi dia perhatikan kita.... Kami bertaruh Satu Juta Pound Sterling.... sama ada saya berani dan berjaya memegang biji tuan..... Sekarang saya telah menang Satu Juta Pound Sterling.... Terima Kasih Tuan.... Jangan marah ya...
Si Pengurus bank tergamam... hampir pitam........
Cerita sampai di sini..... jumpa lagi.....